♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, June 19, 2019

Resepi | Bubur butir nangka

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sebenarnya dah lama tak share resepi kat blog ni sebab biasanya kalau resepi, aku share kat blog masakan aku #juliescookingwithluv. Tapi kali ni tetiba rasa nak share resepi yang satu ni kat sini. Sebab apa ek? Hahahhaha... sajer...

Bubur butir nangka ni dah beberapa kali aku buat. Memang aku suka... sebab rasa dia sedap dan warnanya yang comel. Huhuhu.

Senang jer nak buat. Jom cuba!

Ni dia, bubur butir nangka. Tapi ni version special sikit sebab ada nangka sekali! Kalau tak nama jer butir nangka tapi tak der kena mengena dengan nangka pun.

Senang jer buat dia. Gentel-gentel sekejap... dah siap!

Bubur Butir Nangka

Bahan-bahan untuk butir nangka:-

Tepung pulut 250 gm
Garam secukup rasa
Air 1 cawan
Sedikit kapur makan - kalau tak letak pun tak per
Pewarna - aku gunakan 3 warna (hijau, merah dan kuning)

Bahan-bahan untuk kuah:-

Santan pekat 1 cawan
Air 2 cawan
Halba 1 sudu kecil
Gula halus 4 sudu atau mengikut selera masing-masing
Daun pandan 1/2 helai
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-

Kat dalam tepung tu campurkan garam dan kapur dan bagi sebati. Kemudian tambahkan air.

Uli sehingga doh tak melekat.
Bergantung kepada berapa jenis warna korang nak guna, bahagikan sama banyak. Aku bahagikan kepada 3 untuk 3 warna yang aku gunakan iaitu warna hijau, kuning dan merah.

Tips untuk letakkan warna - gunakan penyepit atau chopstick. Jangan terus tuang, takut terlebih warna. Kalau guna chopstick, just celup-celup dalam pewarna kemudian kenakan pada tepung yang telah diuli tu.

Uli sehingga adunan tepung putih tu sebati dengan warna. Kalau rasa-rasa warna pucat sangat, boleh tambah lagi dengan gunakan chopstick.

Nampak tak warna tu, comel jer warna pastel kan.
Di atas dapur, sediakan 2 periuk: periuk (1) untuk rebus butir nangka dan periuk (2) lagi untuk kuah santan.

Untuk periuk 1, rebuskan air dengan daun pandan. Bila air dah mendidih, bolehlah gentel adunan tepung tadi comel-comel dan masukkan dalam periuk. Biarkan sehingga biji-biji tu terapung, maksudnya biji tu dah masak.

Boleh jugak kalau nak gentel siap semua dulu, baru rebus bila dah siap. Tapi aku buat, gentel-gentel terus masuk periuk.

Ok, dalam periuk 2 pula, masukkan air dan santan serta daun pandan. Masak dengan api kecil jer dan sentiasa kacau sebab tak nak santan pecah minyak.

Bila dah mendidih, masukkan gula dan halba.

Gula ikut koranglah, kalau suka manis, bolehlah letak lebih. Aku memang jenis kurang manis, so aku letak lebih kurang 4 sudu besar je.

Butir nangka dalam periuk satu lagi tu, bila dah terapung, angkat dan masukkan dalam periuk santan ni pula.

Dalam resepi aku kali ni, aku masukkan sekali isi buah nangka yang telah dihiris halus.

Tambah sedap bila tambah isi nangka ni. Baru terasa butir nangka tu dan kuah santan tu rasa wangi dan 'bernangka' sangat!

Bila dah siap semua, bolehlah dihidangkan untuk tetamu yang datang!

Alhamdulillah... sekejap jer licin butir nangka hakak.

Selamat mencuba!


No comments :

back to top