♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, June 22, 2019

Raya Geng Laksa

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni kitorang jalan raya!

Isma dan Hairil awal-awal lagi dah book kitorang tarikh  ni, geng laksa, berkumpul sama-sama. Memang wajib berkumpul tiap-tiap tahun - setiap kali raya - sehari suntuk!

Tapi tahun ni tak lengkap satu famili lagi - Kak Salwa dan abang Idham sekeluarga dah pindah jauh nun di Pulau Pinang. Insya Allah... ada rezeki, ada jodoh kiter jumpa lagi.

Geng laksa ni lah best friend aku dan enche Neezam sepanjang kitorang kat Melbourne dulu. Kalau melepak, kadang tu sampai tak balik rumah. Memang dah anggap macam keluarga. Huhuhu...

Seronok! Dan rindu sangat kenangan kat bumi Melbourne!

Bila dah balik Malaysia, masing-masing sibuk. Setahun sekali jer lah... kalau sempat... jumpa...

Alhamdulillah... tahun ni masih panjang umur dan diberi kesempatan untuk berkumpul lagi - dari makan tengahari hinggalah ke makan malam... banyak benda yang nak di borakkan.

Semoga ukhwah kiter sentiasa direstui Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Insya Allah..

1 comment :

adianiez AIDA said...

adat kembara di negara org, kita jadik rapat, kan.
aida ni x pernah lagi la dok oversea.
but faham la sgt. bcoz ramai bff yg di sana.
gembira bila tgk diorang still reunion bila da balik sini.
ada yg keje.
ada yg sambung blaja.
mcm2 la sebab kembara ke luar negara tu kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top