♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, April 26, 2019

Nur 2

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Habis dah citer Nur 2. Happy ending... best! Tapi rasa macam tak puas tengok 15 episod.

Tapi tak per lah... cukuplah tu... tertekan rasa tengok Nur ni. Bukan jer sebab citer Nur tu sendiri, tapi sebab 'ostad' kat rumah ni. Huhuhu... Kalau korang follow fb Enche Neezam, korang fahamlah. Taksub jugak enche Neezam ni tengok Nur 2. Walaupun kekadang tu dah tidur, sanggup bangun nak tengok live. Padahal dah rekod dah. Dia pulak yang lebih dari kiter. Ish ish ishhhh...

Aku pun baru semalam sempat maraton citer Nur 2 ni dari episod 1, semata-mata nak tengok ending dia live. Biasanya aku tak dapat nak tengok sebab si Neeyaz ajak naik bilik sebelum pukul 10 lagi. Biasalah baby Neeyaz... hobi dia golek-golek dengan mama sambil borak-borak atas katil. Suka nau lah dia. Walaupun dalam bilik ada tv, tapi aku tak boleh nak bukak sebab nanti baby Neeyaz suruh bukak Didi and Friends plak. Enjoi mana boleh nak rekod Didi ke hapa. So... redho jer lah... apalah penting sangat nak tengok Nur daripada spent masa dengan dak comel tu kan.

Aku sebenarnya memang jarang sangat tengok drama Melayu. Sebab aku rasa drama melayu ni cliche. Orang kaya bercinta dengan orang miskin, pastu dua orang orang lelaki berebut satu perempuan dan sebaliknya, citer dato-dato, tan sri-tan sri, berebut harta... macam tu lah lebih kurang. Malas nak tengok... lagipun komitmen nak tengok pun non hado. Banyak benda lain nak tengok.

Tapi citer Nur ni... lain.

Dulu masa Nur 1 pun aku tak tengok gak. Sampailah ia jadi viral. Baru ada rasa nak tengok. Tu pun fikir... apa yang best sangat? Lagi pulak, bila tengok heroin dia Ameera Rosly. Hmmmm... aku pernah tengok drama AR berlakon dengan Amar Bahrin dulu... macam kayu jer... Opppsss... sorry...

Tapi bila tengok AR berlakon sebagai Nur, rasa macam... this is not that AR yang aku pernah tengok dia berlakon dulu. Memang menjadi sangat watak yang dia pegang - cantik dan naif. Terus jatuh hati dengan AR.

Aku memang suka Nur & Nur 2, jalan citer best, dialog nampak spontan dan tak tercapai dek akal, pelakon best, OST pun best! Dan selalunya kalau watak antagonis ni memang orang benci giler, tapi dalam Nur 2 ni, aku rasa first time lah dalam sejarah, watak antagonis paling menyerlah sekali! Tahniahlah Azhan Rani.

Aku rasa disebabkan watak Ustaz Hamadi ni, tenggelam terus watak Nur, Ustaz Adam dan Juita.

Huhuhu...

Agak-agak dak Ijat nak buat Nur 3 tak?

Sunday, January 27, 2019

Bila restoran favorite masuk JJCM

Haaaa... korang!

El Boney Quattro Formaggi ni memang favorite restaurant kitorang sekeluarga. Sebulan kalau at least dua kali tak jejak memang tak sah.

Beberapa bulan lepas chef Boney bagitau yang rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) nak datang review dan shooting kat kedai dia. Alhamdulillah... rezeki chef. Memang patut pun!

Dan chef ajak kitorang sekeluarga datang masa shooting tu, as guest. Aiyooo... malulah ai... huhuhu...

So, pada hari kejadian, enche Neezam jer lah pergi sebab shooting pun hari Isnin, den kerojer. Enche Neezam lepas kelas terus shoot ke kedai. Tu yang bertai bagai tu. Over you... huhuhu...

Shooting beberapa minggu lepas, hari ni baru disiarkan.

Review muka berkerut-kerut macam bagi lecture jer. Haaaiiissshhh...

Tahniah pada chef Boney dan kak El! Memang restauran korang terbaik. Makanan sedap dan harga sangat-sangat berpatutan. Chef suami isteri pun memang ramah dan baik sangat! Semoga terus success!

Ni episod JJCM restauran kegemaran kitorang ni. Lepas tengok, kena try ok!

Monday, December 3, 2018

Bila tempat favorite kiter masuk #jjcm

El Boney Quattro Formaggi

Hmmmm... restaurant favorite kitorang nih. Lebih-lebih lagi enche Neezam... Sebulan paling-paling sekali mesti nak jejak ke sana. Memang jatuh hati dengan masakan dan owner kedai ni sejak dari hari pertama kitorang datang sini.

Alhamdulillah... rezeki diorang, akhirnya kedai dapat masuk Jalan Jalan Cari Makan!

Tahniah!

Dan diorang jemput kitorang datang as guest... tapi aku tak dapat nak join sebab busy kerja. So, enche Neezam jer lah... Terima kasih kerana jemput kami.

Enche Neezam lepas kelas terus shoot pergi El Boney. Tu yang bertali leher bagai tu. Huhuhu...

Selain makanan kat sini yang memang korang tak jumpa kat tempat lain dan memang sedap... Chef Boney dan wife dia El pun memang sangat friendly. Tu yang kitorang suka sangat ke sini.

Steadylah chef Boney and wife. Semoga terus success!

Jelesnya dengan enche Neezam. Macam-macam chef Boney jamu katanya, sementara nak tunggu pengacara, Nas, sampai kat kedai. Hmmmm... untunglaaaaaaaaa...

So, uollssss... nantikan Jalan Jalan Cari Makan review pasal El Boney Quattro Formaggi ni, Insya Allah sekitar bulan Januari 2019 katanya. Dan yang lebih penting... korang kena datang sini dan cuba sendiri semua hidangan yang unik dan sedap air tangan chef Boney ni, hokay!

Sunday, April 29, 2018

Cat repellent dari Daiso... berkesan ke idok?

Kawasan kejiranan aku ni memang ramai yang rajin bela kucing. Jiran belakang rumah dan jiran belakang rumah sebelah pun ada bela beberapa ekor kucing. Beberapa ekor tau! Bukan sekor dua. Comel-comel kucing dan bersih jer.

Sesekali aku sidai kain kat belakang, tetiba tengok ada beberapa ekor kucing tengah memerhati aku sidai kain. Dah macam mandur! Huhuhu...

Tapi yang tak bestnya... orang lain yang bela kucing, rumah orang lain pulak jadi port melepas dia.

Kat rumput kitorang yang gebu gebas dan menghijau tu, tetiba ada beberapa port t💩💩k kucing. Seriously and honestly memang rasa frust dan marah sangat! Bukan sekali dua, tapi berkali-kali-kali-kali! Bila buang dan bersihkan... tengok esok ada lagi! Memang betul orang kata, kucing kalau sekali dia dah membuang kat tempat tu, dia akan datang lagi dan lagi kat tempat yang sama. Setia sungguh! Haaiiissshhhh...

Yang kitorang yakin sangat, kucing-kucing kat sini semua bertuan. Bukan stray cats. Sebab mostly kucing-kucing ni ada pakai rantai leher.

Bila aku suarakan dalam group whatsapp, tuan-tuan kucing buat acuh tak acuh jer. Sorang pun tak der minta maaf. Aku cadangkan supaya diorang sediakan potty yang pasir tu. Ajarlah kucing. Tapi kitorang pulak kena perli bagai. Cakap kucing tak reti membacalah... Adoiii...

Mak mertua aku pun ada bela kucing. Tapi elok jer kucing dia pandai membuang dalam potty dia. Korang tu pandai bela kucing, ajar malas!

Pastu perli suruh kitorang letak papan tanda 'Kucing dilarang membuang kat sini'! Aaaiiikkk... Agak-agaklah... Kok ye pun... takkan kitorang pulak disuruh ambik langkah preventive. Korang?

Sebab tu aku tak hairan kalau ada kes jiran racun kucing. Sebab kes-kes macam ni lah.

Tapi aku tak tergamaklah sampai nak racun. Giler!

Aku pun suka kucing. Bukan benci kucing pun. Cuma bila jadi macam ni, of course rasa marah lah. Berak dalam laman aku, atas rumput karpet aku. Anak-anak nak main bola pun dah geli.

Paling sakit hati minggu lepas, sampai 5 spot atas rumput. Adoiiii... sakit hati sangat!

Hari tu gi Daiso, terjumpa cat repellent! Adakah ini penyelamatnya???

So, harga dia standard harga Daiso RM5.30 sebungkus, kalau tak salah aku. Dalam dia ada 5 pek serbuk 20gm.

Of course sebelum aku beli, aku bacalah dulu macam mana benda ni berfungsi. Aku tak nak lah benda ni meracun kucing. Tak mahulah sampai kucing mati kan. Tak tergamak den. Aku cuma nak kucing tak membuang kat laman aku jer.

So, bila dah baca, tengok fungsi dia melalui bau yang kucing tak suka. Just tabur kat kawasan yang sepatutnya dan ia akan mengeluarkan bau yang kucing tak suka tapi kita tak bau. Boleh bertahan selama 30 hari.

Alhamdulillah... setakat ni, dah 2 minggu, memang tak der tanda-tanda t💩💩k kucing lagi dah! Happy sangat!

So, korang, yang ada masalah macam aku... cubalah cari bendalah ni kat Daiso.

Panjang pulak post aku kali ni kan... sempat luahkan perasaan. Huhuhu... Rasa lega sikit.

Semoga bermanfaat!

Tuesday, December 12, 2017

Lascia mangiare cibo Italiano a #ElBoney

Paham tak tajuk?

Kemain speaking Itali tau... huhuhu...

Ok! Malam ni nak buat review sikit restoran ala Itali yang kitorang try baru sat tadi. Actually, tempat ni kawan enche Neezam yang dok suggest. So, kitorang trylah... Dah diorang guna #wajibcuba. Huhuhu...

Kedai ni namanya
El Boney

Menu masakannya ala Itali. Of course ada pelbagai jenis pasta dan steak. Pizza... aku rasa macam tak der kot. Tapi kalau korang peminat cheese, bolehlah try makan kat sini. Macam-macam masakan bercheese yang ada kat sini.

Bila sampai jer pinggan makan depan mata... uiiisshhh... cantiknya!

Malam ni, as suggested by staff diorang, aku try beef quattro formaggi.

Cantikkan?!

Rasa sayang pulak nak makan. Huhuhu...

Yang bestnya, steak ni tak der dihidangkan dengan sos black paper atau sos cendawan tapi dengan beberapa jenis keju. Sos yang cantik macam daun tu, bukan cili sos atau mustard tau, tapi sos yang diorang buat sendiri.

Enche Neezam plak cuba lamb chili pesto, kalau tak salah.

Memang pedas. Chef kata, kalau nak pedas lagi pun boleh. Order jer.

Huhuhu...

Kat sini ada 22 jenis sos yang diorang buat sendiri tak termasuk dressing. Dressing ada 4 jenis... kalau tak salah aku lah...

Memang kagum! Lebih-lebih lagi hasil tangan anak-anak melayu.

Bravo!

Seriously... memang sedap!

Ada banyak lagi menu menarik nak kena cuba kat sini.

Dekorasi kedai pun ala simple and sweet gitu.

Selain daripada makanannya yang sedap dan cantik mata memandang, aku dan enche Neezam pun 'berkenan' dengan staf yang sangat friendly, sopan dan sangat berbudi bahasa.

Seriously berbudi bahasa!

Bukan cakap dengan customer jer elok tapi cakap sesama diorang pun elok-elok jer.

Jarang aku dengar budak-budak muda macam diorang, cakap elok-elok sesama diorang. Dalam aku makan tadi, aku dengar diorang mintak tolong, siap gunakan perkataan 'tolong' dan 'terima kasih'. Nak nangis dengar... huhuhu...

Ok! Korang kalau nak makan western, cubalah mai kat El Boney ni. Terletak kat Kota Warisan, Sepang. Dekat-dekat dengan stesen ERL.

Untuk maklumat lebih lanjut, cubalah intai-intai fb diorang di
https://www.facebook.com/elboneykotawarisan/

Monday, November 20, 2017

Company Trip & Appreciation Dinner @ Cameron Highlands

Alhamdulillah... Selamat sampai kat rumah jam 9 malam.

Sejak hari Sabtu yang lepas, aku tinggalkan family untuk company trip. Bukan jauh sangat pun. Kat Cameron jer tahun ni. Alhamdulillah... ok lah... daripada tak der. Huhuhu...

Sedih sebenarnya nak tinggalkan anak-anak. Tapi kena kuatkan jugak semangat. Cari 'me time' untuk diri sendiri.

Bertolak hari Sabtu lepas, jam 7 pagi dari rumah dan selamat tiba di BOH Tea Plantation Sungai Palas lebih kurang jam 11 pagi. Alhamdulillah... nak naik ke Cameron kereta tak banyak. So, tak jem sangat. Mula mencabar bila nak naik ke BOH Sungai Palas tu; jalan kecik dan berliku serta banyak kereta! Tapi alhamdulillah... nasib baik driver berpengalaman dan hati kering. Huhuhu...

Subhanallah... cantik betul pemandangan bila dah sampai atas.

Tapi bila turun lebih kurang jam 2 petang, jalan dah tak berapa busy. Lega rasa.

So, korang kalau bercadang nak ke BOH Tea Plantation Sungai Palas ni. Silalah naik lepas jam 1 tengahari. Insya Allah... jalan clear.

Di Cameron Higland, kitorang menginap di Strawberry Park resort, Brinchang. Bilik memang best; besar dan selesa. Tapi service... K.O! Nanti aku cerita kemudian.

Dinner kitorang makan di Steamboat & Grill Taman Abang. Seriously, memang best! Daging dan kambing grill dia memang sedap giler.

Pilihan makanan, berbaloilah dengan harga. Harga pun pun berpatutan; RM39 untuk dewasa dan RM33 untuk warga emas. Cuma tak der ketam.

Kalau hari minggu, tempat ni tak boleh booking. So, first come, first serve. So, jam 5 petang kitorang dah sampai kat sini. Semua 30 orang berkumpul kat sini tanpa booking! Memang gamble giler. Huhuhu... Aku takut jugak kalau full sebab tempat ni memang famous. Tapi alhamdulillah... rezeki kitorang.

Malam tu lepas dinner, ingatkan nak jalan ke pasar malam. Sebab orang kata, kalau dah sampai Cameron Highland, wajib pergi pasar malam. Tapi... jalan nak ke pasar malam kemain jem. Terus kitorang patah balik ke hotel. Hmmm... banyak kerja nak buat lagipun malam tu untuk persediaan appreciation dinner hari berikutnya.

Semua kerja keras malam tu! Balik bilik, terus pengsan memasing.

Hari kedua kat sini, kitorang habiskan sepanjang hari dengan teambuilding. Malam pulak, appreciation dinner!

Kemain bertopeng memasing.

Alhamdulillah... ada jugak rezeki menang lucky draw.

Huhuhu...

Penat hari tu, tapi sempat jugaklah lepak dengan kengkawan sampai pukul 1 pagi kat bilik. Seronok sekali sekala macam ni... lepas kelaku, orang kata. Hahahaha!

So, hari ni, third day... final day... balik day... Aktiviti free and easy jer. Ingat nak join kengkawan ke Mossy Forest pagi tadi tapi sebab penat semalam tak habis lagi, so, may be next time jer lah. Hari ni kitorang gi shopping jer, sebelum turun balik.

Kalau korang suka kaktus, bolehlah ke Cactus Valey kat Brinchang. Ada pelbagai jenis dan saiz cactus kat sini dan harganya murah-murah jer.

Kitorang kemudiannya ke tempat wajib shopping, iaitu ke Kea Farm. Kalau korang nak shopping strawberry dan teh, kat sinilah tempatnya. Murah-murah!

Geram tengok strawberry besar-besar kat sini. Macam kat gambar atas ni, strawberry besar, 4 pek RM10. Ada 2 lapis strawberry setiap pek tu. Giler murah! Menyesal kalau tak beli.

Kalau korang nak cari teh berperisa buah-buahan pun aku suggest beli kat sini lebih murah. Teh jenama Cameron Valley, 3 kotak baru RM29. Kat sini jugak wajib beli ubi kayu dia. Manis giler!

Oh ya... korang kena cuba jugak aiskrim strawberry. Sedapnyer! Siap ada strawberry kat dalam aiskrim. Nyum nyum...

Kitorang sempatlah jugak singgah ke Cameron Valley sebab memang on the way turun jer. Teh kat sini mahal sikit dari kat Kea Farm. Tapi kat sini jugak, kiter boleh masuk ladang teh.

Destinasi terakhir sebelum turun ialah ke Avant Chocolate. Tak der lah niat nak beli coklat pun. Tapi sebab kawan kata kat dalam dia ada dekorasi cantik dan lavender. So, kitorang singgahlah kejap. Tak singgah karang takut menyesal pulak. Huhu...

Huh! Jarang aku buat post yang muka aku banyak dalam gambar. Huhuhu...

Lepas tu, kitorang terus bergerak turun meninggalkan tanah tinggi Cameron melalui Simpang Pulai. Jalan Simpang Pulai ni cantik dan besar sikit berbanding kalau lalu Tapah. Cuma jauhlah sikit. Masa datang pun kitorang lalu sini.

On the way balik. kitorang sempat singgah makan nasi bamboo Sungai Klah. Dekat jer dengan highway. Exit toll Sungkai, then tak sampai 1 km akan jumpa restoran ni.

Menu wajib cuba kat sini tentulah nasi bamboo dan ayam kampung bunian. Sedap!

Alhamdulillah... tadi selamat hantar kengkawan satu kereta dan dihantar sampai ke rumah lebih kurang jam 9 malam. Thank you, Najwa!

Rindu giler kat anak-anak. Tengok baby Neeyaz dah tidur. Tapi nak kacau jugak. Huhuhu...

Penat!

Tapi esok kerja!

So, bekerjalah kiter sekueknyo!

Thank you CTI for the lovely trip and adventure!

Oh ya... sebelum aku akhiri post ni, just nak share pengalaman bekerjasama dengan Strawberry Park Cameron Highland.

Nak buat event di Strawberry Park, Cameron Highland? Better don't!

Aku adalah one of the committee untuk menjayakan trip dan appreciation dinner kali ni. Sebenarnya ada banyak tempat kitorang pilih, tapi atas beberapa faktor, akhirnya kitorang ke Strawberry Park Cameron Highland. Macam aku cakap awal tadi, bilik hotel kat sana memang best, cantik, besar, selesa... cuma service dia memang hampeh. Service kat sini bermaksud kerjasama kakitangan diorang expecially sales person yang liaise dengan kitorang. Sales person ni tak der pun kat sana. Dia kat KL dan kitorang just berhubung melalui email dan phone.

Dari awal sampai kitorang sampai, terkejut bila kata tak disediakan projektor padahal sepatutnya dalam perjanjian kata ada dalam pakej; cuma dalam agreement bertulis tu tak dinyatakan. Kalau betul tak disediakan, kitorang boleh jer bawa dari office. Tapi sebab dia kata in the package, so tak bawaklah. Bila kitorang mintak jugak, diorang nak tambah bayar. Actually satu hari RM100 jer. Boleh jer nak bayar, tapi diorang dah janji, so, mestilah nak fight sampai dapat. Lagipun, kitorang bayar berbelas ribu dah. Takkanlah projektor sewa RM100 pun tak boleh nak bagi?

Deal dengan sales person tu, dengan cara cakap kurang sopan dan tak membantu langsung. Front desk pun sama. Tak membantu. Malah bohong kata person in charge cutilah. Tapi akhirnya kantoi. Bila dah kantoi boleh pulak dia gelak jer.

Etika apa yang diorang guna ni? Memang disuruh menipu ke untuk cover your shit?

Tapi akhirnya, dah lebih kurang jam 12 malam, baru kata hotel akan berikan secara percuma.

Bukan tu ajer... ada lagi...

Malam event kitorang, the appreciation night. Jam 9.30 malam, sedang event berlangsung, tetiba manager dia datang dan kata nak pack up makanan.

What the ....???

Aku terkejut... tengok jam... baru 9.30 dah nak pack up?!

Biar betul?

Kalau ikut agreement, sepatutnya sampai pukul 11 malam iaitu sehingga event tamat.

Manager dia senang cakap, diorang tak diberitahu, so diorang ikut time restoran tutup jam 10 malam. Giler ke hapa? Orang ramai tak makan lagi.

Aku tak pernah deal dengan vendor macam ni. Tak pernah gi event makan malam yang tak der makanan! Huhuhu... So selfish!

Jam 10 malam. Diorang pack up makanan yang masih banyak tak tersentuh lagi.

Macam ni diorang buat business?

Ada beberapa kes lagi sebenarnya. Tapi cukuplah setakat ni sebagai peringatan.

So, korang kalau nak buat event kat Strawberry Park ni. Tolonglah fikir betul-betul. Buat sakit hati jer. Adab diorang pun memang ke laut. Staff cakap kasar, staff kaki menipu, etika kerja kelaut.

Nama jer strawberry park. Haram sebiji strawberry pun aku tak nampak kat sini!

Nak buat event kat sini lagi? Never again! I rate them 0.5 out of 10!

back to top