♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, May 6, 2022

Neeyaz turns 5!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Happy birthday sayang mama. Mama loves you so much! You will always be my baby. Jangan membesar cepat sangat. Huhuhu...


Wednesday, April 27, 2022

Naufal dah 13 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Happy Birthday, Naufal!


Alhamdulillah... harijadi Naufal yang ke 13 tahun hari ni. Mama dan ayah akan sentiasa mendoakan Naufal menjadi anak yang soleh, dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Mama, ayah, kakak dan Neeyaz sayang sangat kat Naufal 💖

Sebenarnya susah sangat nak cari gambar Naufal yang proper sebab Naufal memang liat sangat kalau nak disuruh bergambar sorang-sorang. Rasa ruginya... tak der gambar dan kenangan nanti. Lepas ni kena tangkap banyak-banyak gambar dia. Hehehe...

Wednesday, December 15, 2021

Happy birthday, Emak ♡

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Happy birthday, emak. We love you sooooo much!


Alhamdulillah... hari ni emak sambut birthday yang ke 62 tahun. Julie doakan emak sentiasa sihat dan bahagia selalu disamping abah. 

Baru ingat nak buat surprise kat emak. Nak balik KL. Tetiba Niesreena dan Neeyaz tak sihat pulak. Terpaksalah cancel. Takut berjangkit pulak. Insya Allah... ada rezeki beberapa hari ni kitorang balik ya.

Terima kasih adik dan keluarga yang meraikan hari ulangtahun emak hari ni. Love you adik!


My kesayangan. Semoga sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Love & miss you both soooo much!

Monday, December 6, 2021

Niesreena 15th Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni genap usia Niesreena 15 tahun. Alhamdulillah... Macam biasa, just spent the day with a simple birthday luncheon. Memandangkan Niesreena suka makan. Kiter bawak dia gi makan. Huhuhu...



Aku dan enche Neezam dah bagitau kat Niesreena, tahun ni tak der hadiah birthday sebab mama dan ayah tak tau nak bagi Reena apa. Niesreena pun macam redha jer. Niesreena kata bawak dia makan-makan pun ok. Konon lepas lunch kat NY Shack, dia nak cari corndoglah, aiskrimlah, coklatlah., macaroonlah... kemain panjang list makan dia. Tak padan dengan kecik. Memang pandai makan dan kuat makan. Kalau bawak gi hotel, makan buffet memang berbaloi bawak Niesreena. Sumer benda dia nak try. Tolak batu dengan kayu jer. Huhuhu... Nasib baiklah badan maintain kecik jer.



Lepas makan... eh no... actually Niesreena tengah makan lagi, huhu, kitorang pun bagilah surprise hadiah birthday. 


Aiyooo... mulut penuh. 

Terkejutlah Niesreena dapat birthday present yang dia tak sangka. Siap menangis... terharu...



Ni jer lah yang mama dan ayah mampu bagi. Boleh ganti hp Reena yang dah lama pakai tu.

Hadiah ni bersempena dengan harijadi Niesreena dan sebagai tanda terima kasih mama dan ayah sebab selalu ringan tulang tolong mama dan ayah buat kerja-kerja rumah dan jaga adik-adik. 

Nampak sangat Niesreena happy dapat hp baru. Alhamdulillah... Neeyaz pun happy gak sebab dia boleh take over hp lama kakak dia. Huhu...

Neeyaz macam biasa, bukan birthday dia pun, tetap dapat hadiah. Memang pandai 'mencukai' ayah dan mama.



Hari ni memang tak plan nak beli kek. Kiter tangguh ke hujung minggu. So, celebrate dengan aiskrim birthday jer.


Happy 15th Birthday, Niesreena.
We loves you so much!



Wednesday, June 30, 2021

Happy Birthday, Julie ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

So.... I'm turning 41 years young. Huhuhu...

Alhamdulillah...

Tahun ni, macam biasalah, celebrate kiter-kiter jer lah kat rumah.

Nasiblah PKP, tak dapat nak request gi kedai emas. Huhuhu...

Tapi dapat ni...


Eheeemmmm... ye lah... paham... Jom ler kiter eksersaessss... Dok rumah asik menternak lemak jer kan PKP ni. Huhuhuhu...



Nway, thanks for the surprise enche Neezam. Terkejut tau! Dah lah bangun pukul 3 pagi! Haiiissshhhh...


Friday, May 28, 2021

Abah turns 70!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

♫ Happy birthday to you... ♫

♫ Happy birthday to you... ♫

♫ Happy birthday to abah... ♫

♫ Happy birthday to you... ♫

Alhamdulillah... hari ni harijadi abah yang ke 70 tahun. Bersyukur sangat abah masih diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping emak tercinta.

Yang sedihnya, kitorang tak dapat berkumpul seperti kebiasaannya untuk sambut birthday abah kali ni. Hanya mampu buat video call jer dengan mak abah dan adik -adik.

Kalau dapat berkumpul macam dulu-dulu mesti best. Tapi tak perlah... kiter doakanlah pendemik ni cepat berakhir dan semua kembali sediakala seperti dulu.

Tengok abah dan emak sihat pun dah cukup bahagia walaupun dari jauh.

Beberapa bulan lepas abah buat pembedahan abdominal aortic aneurysm. Saluran darah abah bengkak dan bengkak tu sebesar bola tenis. Sebelum ni abah asik mengadu tak sedap perut. Bila gi klinik, doktor kata angin jer. Tak puas hati dengan diagnosis doktor, kitorang hantar abah buat checkup kat private hospital. Barulah tahu saluran abah membengkak dan kondisi memang sangat bahaya.

Kitorang semua sedih. Lebih-lebih lagi emak. Emak punya risau, turun berat badan banyak. Makan tak lalu dan emak asik nangis jer. 

Abah jalani pembedahan di HKL. Walaupun asyik tertangguh disebabkan Covid-19, akhirnya pembedahan abah berjaya jugak dijalankan dan berjalan lancar. Syukur sangat.

Sekarang alhamdulillah, abah nampak lebih sihat dan happy. Badan pun dah berisi sikit. Emak pun dah nampak happy jer tengok abah dah sihat semula.

Semalam pun abah dah dapat 1st vaksin Covid-19. Alhamdulillah...

Sayang sangat dekat abah dan emak. Aku sentiasa berdoa agar Allah swt sentiasa memberikan kesihatan yang baik dan pelihara emak abah daripada penyakit bahaya, kesedihan dan kejahatan. Semoga yang baik-baik sahaja lepas ni.

Happy birthday, abah. We love you so much!

Saturday, February 6, 2021

Enche Neezam 41 Tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... hari ni genap usia enche Neezam 41 tahun. 

Happy Birthday, Sayang!

Sebelum PKP 2.0 ni ingatkan nak bawak enche Neezam bercuti kemana-mana memandangkan birthday enche Neezam jatuh pada hujung minggu kan... lagipun dah lama giler tak berjalan. Tapi 'sangkut' lagi dengan pkp ni, memang tak boleh nak gi mana-manalah... lebih-lebih lagi sekarang ni bukan jer tak boleh merentas negeri, nak rentas daerah pun tak boleh... dok jer lah kat Sepang ni senyap-senyap... huhuhu...

Tak per lah... kiter sambut kiter sambut sederhana ajer lah anak-beranak.

Tengahari tadi aku keluar atas urusan business dengan Niesreena. So, ambik kesempatanlah gi membeli kek dan pizza. Pastu tambah lagi pulak hadiah birthday dari Niesreena dan Naufal.

Naufal hadiahkan wallet untuk ayah, memandangkan wallet ayah dah koyak-koyak dan Niesreena pulak hadiah Nefcafe Gold kegemaran ayah, sebab beberapa hari lepas dia pecahkan sebotol Nefcafe Gold ayah dia. Hmmmm... kire ganti baliklah ni...




Aku pulak hadiahkan enche Neezam earphone ni. Sebab banyak kelas online, meeting online. Paling-paling pun, aku boleh guna tengok citer korea kat handphone... hehehehe....


Sunday, December 20, 2020

Jejalan dengan emak

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Jalan-jalan dengan mak jap hari ni. 

Misi nak cari hadiah birthday emak sebab hari tu masa birthday mak tak bagi apa-apa pun. Tak tau nak bagi apa kat emak. Jadi kiter bawak emak jalan-jalan. Apa emak nak beli, kiter bayar jer. Huhuhu...



Wednesday, May 6, 2020

Happy 3rd Birthday, my baby Neeyaz!

#pkp #mco #day8p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 13

Alhamdulillah... hari menginjak usia Neeyaz yang ke-3 tahun. Ya Allah... rasa cepatnya masa berlalu. Dah tiga tahun dah sekecik ni. Rasa macam baru jer belah perut ni, keluarkan dia. Comel sangat!

Neeyaz sekarang dah pandai sangat bercakap. Setiap hari ada jer perkataan dan keletah baru dia. Dan yang paling best, dia suka bercakap bahasa Inggeris. Kitorang tak ajar pun. Neeyaz belajar sendiri melalui tv, cerita-cerita yang dia tengok. Antara siri tv kegemaran dia dari rangkaian Cocomelon, Bandanamu, Toy Car Cartoons, Gecko's Garage dan English Singsing. Tapi yang paling aku tak boleh tahan, Neeyaz suka nau tengok siri Diana and Roma. Aku tengok bosan. Huhu...

Dan hari ni jugak, baru aku memandu balik. Sejak dari PKP phase 1 bermula hari tu, aku memang tak keluar rumah langsung. Dua bulan terperap dalam rumah. Sekarang ni PKPB dan kes Covid-19 dah berkurangan, aku beranilah nak keluar.

Hari ni keluar dengan Niesreena gi KIP Mall Kota Warisan. Gi cari kek dan hadiah birthday untuk baby Neeyaz (eh... baby lagi ker? Huhu... always my baby) dan juga abang Naufal. Hari tu birthday Naufal, masih PKP, takut nak keluar. So hari ni kiter celebratelah untuk kedua-dua baby boy aku ni.

Dua-dua minat kereta. So, mama dan ayah belikan kereta mainan untuk diorang. But at the end of the day, Neeyaz ngamuk nak abang Naufal punya. Hahahahah... Abang Naufal punya kereta control lagi best.

Lepas habis solat terawih, kitorang celebrate birthday Neeyaz dan Naufal. Nyanyilah sikit untuk diorang dan potong kek.

Untuk iftar, aku tak der buat menu special pun. Tak der idea dah nak masak apa. Aku buat nasi lemak. Naufal request nak ayam goreng macam ayam geprek aku buat hari tu.

Enche Neezam jer buat pencuci mulut special hari ni - lompat tikam dan pulut mangga.

Dah siap masak semua baru perasan, menu berlemak-lemak hari ni. Huhuhu...

Bertambah-tambahlah lemak kitorang. Enche Neezam tak per lah... dia eksesais. Aku? Non hadooooo... bertambah lemak tepu den... Huhu...

back to top