بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
♫ Happy birthday to you... ♫
♫ Happy birthday to you... ♫
♫ Happy birthday to abah... ♫
♫ Happy birthday to you... ♫
Alhamdulillah... hari ni harijadi abah yang ke 70 tahun. Bersyukur sangat abah masih diberi kesihatan yang baik dan bahagia disamping emak tercinta.
Yang sedihnya, kitorang tak dapat berkumpul seperti kebiasaannya untuk sambut birthday abah kali ni. Hanya mampu buat video call jer dengan mak abah dan adik -adik.
Kalau dapat berkumpul macam dulu-dulu mesti best. Tapi tak perlah... kiter doakanlah pendemik ni cepat berakhir dan semua kembali sediakala seperti dulu.
Tengok abah dan emak sihat pun dah cukup bahagia walaupun dari jauh.
Beberapa bulan lepas abah buat pembedahan abdominal aortic aneurysm. Saluran darah abah bengkak dan bengkak tu sebesar bola tenis. Sebelum ni abah asik mengadu tak sedap perut. Bila gi klinik, doktor kata angin jer. Tak puas hati dengan diagnosis doktor, kitorang hantar abah buat checkup kat private hospital. Barulah tahu saluran abah membengkak dan kondisi memang sangat bahaya.
Kitorang semua sedih. Lebih-lebih lagi emak. Emak punya risau, turun berat badan banyak. Makan tak lalu dan emak asik nangis jer.
Abah jalani pembedahan di HKL. Walaupun asyik tertangguh disebabkan Covid-19, akhirnya pembedahan abah berjaya jugak dijalankan dan berjalan lancar. Syukur sangat.
Sekarang alhamdulillah, abah nampak lebih sihat dan happy. Badan pun dah berisi sikit. Emak pun dah nampak happy jer tengok abah dah sihat semula.
Semalam pun abah dah dapat 1st vaksin Covid-19. Alhamdulillah...
Sayang sangat dekat abah dan emak. Aku sentiasa berdoa agar Allah swt sentiasa memberikan kesihatan yang baik dan pelihara emak abah daripada penyakit bahaya, kesedihan dan kejahatan. Semoga yang baik-baik sahaja lepas ni.
Happy birthday, abah. We love you so much!
No comments :
Post a Comment