♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Showing posts with label Throwback Thursday. Show all posts
Showing posts with label Throwback Thursday. Show all posts

Thursday, March 11, 2021

Throwback Thursday

8 Tahun Lepas

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Naufal


Niesreena

Friday, February 12, 2021

Throwback Thursday

Sleep like a boss!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

2 years ago


Thursday, May 2, 2019

Throwback Thursday | Niesreena & Naufal 7 tahun lepas

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tetiba fb keluarkan gambar-gambar ni dari 7 tahun lepas. Masa ni Niesreena dan Naufal memasing 5 tahun dan 3 tahun, kat rumah cik Din. Rindu pulak zaman diorang masa kecik-kecik.

Sama tak Naufal dan Neeyaz

Thursday, March 14, 2019

Throwback Thursday | Naufal @ 3 years young

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alolooooo... comelnyalah Naufal masa ni. I missed the hair so much. Neeyaz tak mewarisi rambut abang dia ni. Neeyaz dapat version keteng. Huhuhu...

Masa ni Naufal 3 tahun lebih. Anak manja mama ayah nih...

Thursday, August 16, 2018

Throwback Thursday | Sydney

Sydney... bila nak sampai sana lagi???

2010

Thursday, August 24, 2017

Throwback Thursday | Naufal 1 year old

Naufal... serba comel... rambut tu yang mahal... huhuhu..

Thursday, June 15, 2017

Throwback Thursday | Naufal 3 tahun 2 bulan

Tetiba fb memory kongsikan gambar 2013 ni. Nampak notty betul Naufal. Tapi cute sangat dengan rambut cendawan dia.

Sekarang abang Naufal dah besar. Dah tak comel dah... tapi hensem! Hehehe...

Thursday, January 26, 2017

Throwback Thursday | Naufal bam bam

Throwback cikid gambar budak comel ni.

Insya Allah... beberapa bulan lagi budak bam bam ni dah nak dapat adik.

Harap-harap baby boy akan datang ni pun comel sangat macam abang dia.

Ameen...

Thursday, August 18, 2016

Throwback Thursday | Cikgu Julieana

Throwback sikit.

Ini gambar 2011.

Masa ni aku jadi cikgu sandaran tidak terlatih kat Segamat.

Masa baru balik dari Melbourne dulu, kitorang duduk sementara kat Segamat. Aku sempat jadi cikgu sandaran kat sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah kat sana. Then dapat kerja kat Shah Alam, barulah kitorang berpindah semula ke Negeri Sembilan.

Pengalaman jadi cikgu... bukan semudah yang disangka. Banyak tanggungjawab dan beban yang memeningkan kepala. Yang bestnya cuma balik kerja cepat. Huhuhu... Tu pun kadangkala kena bawak balik kerja ke rumah.

Seronok jadi cikgu... tapi aku tak dilahirkan untuk itu. Kesabaran aku pun sangat minima.  Huhuhu... Lebih-lebih lagi dengan students zaman sekarang ni. Banyak cabaran!

Thursday, July 21, 2016

#throwback sikit... Birthday Niesreena yang ke 5 tahun...

Tetiba terjumpa video masa Niesreena sambut birthday yang ke 5 tahun. Comel betul tengok keletah bebudak dua orang ni. Niesreena dah petah cakap dan Naufal masih baby talk lagi. Rambut cendawan yang sangat dirindukan. Bila boleh nak dapat rambut macam ni lagi ek Naufal?

Oh my... Rindunya dengan bebudak kecik ni. So adorable!

Thursday, January 14, 2016

Throwback Thursday | Kereta kecil warna merah jambu

Alhamdulillah... setelah sebulan lebih 'dirawat' di perodua, akhirnya kereta kecil aku dah balik semula ke pangkuan aku.

Serius... gembira sangat...

:: Sebelum ::

:: Selepas ::

Walaupun itu hanya sebuah kereta tapi aku memang rasa rindu sangat bila 'dia' tak der. Lebih-lebih lagi bila ternampak kereta myvi merah jambu orang atas jalan raya, terus teringat dekat aku yang tengah tersadai kat bengkel. Sedih betul.

Alhamdulillah, hari Selasa yang lepas, dah boleh balik. Look as good as new.

Seronok!

2015... bukanlah tahun yang baik buat aku. Awal tahun 2015, rumah kena masuk perompak, kena ikat, kena acu dengan parang. Akhir tahun 2015, kereta eksiden teruk.

Tapi aku bersyukur, Allah masih berikan aku kesempatan untuk muhasabah diri, bertaubat dan meningkatkan ibadat padaNya. Masih diberi kesempatan menikmati kehidupan bersama insan-insan yang aku cintai, yang aku sayangi, yang aku kasihi.

Terima kasih, Ya Allah.

Aku mengharapkan 2016 menjadi tahun yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.

ربي يسر ولا تعسر

ربي تمم بالخي

اَمِين

اَمِين

يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Thursday, October 9, 2014

Karangan Niesreena yang...

Well... aku tak tahulah nak gambarkan perasaan aku setelah habis membaca karangan Niesreena kat bawah ni. Perasaan bercampur baur.

Karangan ni Niesreena tulis setelah balik dari percutian kitorang ke Legoland, masa cuti sekolah seminggu ari tu.

Paling tak tahan ayat Niesreena ialah

"Yang paling aku risau mama aku."

Ok... kat situ aku rasa... waaaa... Niesreena sangat concern dengan mama. Mesti sayaaaaaang sangat dengan mama. Takut mama jatuhlah tu. Hehehhehe...

Tapi ayat seterusnya,

"Mama dah la berat."!!!

Huhu... sadis betul!

Tapi aku tahu, ayat itu ikhlas dari lubuk hati dan sanubari Niesreena. Aiiyoooooooo...

But yet... I know she loves me soooo much!

Haiiiilah anak...

Obviously, Niesreena memang seronok giler kat Legoland hari tu. Kemain tulis karangan lagi. Tu belum termasuk surat-surat kepada Legoland yang Niesreena tampal kat peti ais. Sebagai reminder kepada mama dan ayah yang Niesreena dan Naufal nak ke Legoland lagi! Huhuhu...

Insya Allah... ada kesempatan, ada rezeki, kiter pergi lagi yer Niesreena. Tapi... eheeemmmm... tunggu mama ringan dulu lah!!!

Thursday, May 29, 2014

Throwback Thursday | His hardworks

Tak sempat nak update pasal ni, on the date or before. Tapi nak masuk blog gak! I don't care!

Hehehhe...

Because I'm so proud of him.

Dr Khairunneezam as one of presenter @ IC-DAIM 2014.

And his publication this year.

Congrats sayang!

May more to come!

Thursday, April 24, 2014

Throwback Thursday | Mushroom hair Naufal

Cute kan?!

Rindu nak tengok Naufal berambut macam ni lagi

He is turning 5 this coming Sunday!

Oh! How time flies so fast!

Thursday, March 20, 2014

Throwback Thursday | SPM 1997

Meriah betul hari ni bila bebudak SPM 2013 mendapat keputusan masing-masing. Kat wall fb, masing-masing saling merakamkan ucapan tahniah pada anak, anak sedara, anak kengkawan, adik, sepupu sepapat semualah...

Dan memang dasyat bila tengok keputusan bebudak ni! A+ bagi berbelas-belas matapelajaran! Masa zaman aku dulu paling-paling pun 10 matapelajaran jer. Tu dah kira hebat hokay!

Dulu masa zaman baya-baya kitorang, the 80s, ambil SPM, keputusan masih lagi ada pangkat dan agreget. Alhamdulillah... aku dulu dapat pangkat 1 dengan 9 agreget! Pandai lah konon... Huhuhu...

Then lepas tu, dapatlah masuk universiti - Universiti Teknologi Malaysia. Dok diam-diam kat JB belajar software engineering. Kat sanalah berjumpa dengan enche Neezam. Ehem... Ehem...

Keputusan SPM Enche Neezam pun hebat jugak, walaupun tak sehebat aku... Huhuhu... Agreget enche Neezam tinggi lagi! Riak! Hahahha... Tapi sebab enche Neezam dulu pure science. Ehem... aku dokkkkk...

Hebatlah keputusan enche Neezam. Sampai masuk sotkabor!

Haaaa... cer teka yang mana enche Neezam yang muda belia itew??? Jumpa tak??? Kalau tak jumpa tak per... sebab enche Neezam dulu tak selebar secomel enche Neezam sekarang... Huhuhu...

Maklumlah... deme budak sekolah pandai... apa ke nama sekolah tu ek??? Yang kat Ipoh tu???

Aaaaa... Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR, Ipoh.

Ye.... Starian ler enche Neezam ni. Dapatlah masuk sotkabor... Huhuhu...

Apa pun... memang hebat budak-budak sekarang... Genius genius belaka!

Tahniah pada anak-anak kengkawan yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas! Congrats!

Macam mana pulak cabaran pada masa Niesreena dan Naufal nanti kan? Mungkinkah sehingga 20-30 matapelajaran pulak???

Thursday, October 31, 2013

Throwback Thursday | Convocation UTM

Sejak seminggu dua ni, kat facebook ramai kawan-kawan yang muatnaik gambar konvo. Tahniah korang!

Aku pun baru-baru ni muatnaik dan update tentang konvo suami tercinta, Dr Neezam...

Tapi hari ni, just nak terkenang-kenang sikit masa aku dan buah hati aku konvo kat UTM suatu masa dahulu. Huhuhu...

Beza tak muka kitorang 11 tahun dahulu dan sekarang? Beza sangat kan... Lagi comel kan sekarang? Comellah sangat... Hahaha...

Kat UTM dulu aku ambik bidang sains komputer majoring in software engineering. Tapi bila kerja, lari bidang... Mungkin bukan rezeki dalam bidang tu...

Nway... rindu sangat kat UTM Skudai... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat jatuh cinta...

Hehehehe...



back to top