♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 14, 2016

Throwback Thursday | Kereta kecil warna merah jambu

Alhamdulillah... setelah sebulan lebih 'dirawat' di perodua, akhirnya kereta kecil aku dah balik semula ke pangkuan aku.

Serius... gembira sangat...

:: Sebelum ::

:: Selepas ::

Walaupun itu hanya sebuah kereta tapi aku memang rasa rindu sangat bila 'dia' tak der. Lebih-lebih lagi bila ternampak kereta myvi merah jambu orang atas jalan raya, terus teringat dekat aku yang tengah tersadai kat bengkel. Sedih betul.

Alhamdulillah, hari Selasa yang lepas, dah boleh balik. Look as good as new.

Seronok!

2015... bukanlah tahun yang baik buat aku. Awal tahun 2015, rumah kena masuk perompak, kena ikat, kena acu dengan parang. Akhir tahun 2015, kereta eksiden teruk.

Tapi aku bersyukur, Allah masih berikan aku kesempatan untuk muhasabah diri, bertaubat dan meningkatkan ibadat padaNya. Masih diberi kesempatan menikmati kehidupan bersama insan-insan yang aku cintai, yang aku sayangi, yang aku kasihi.

Terima kasih, Ya Allah.

Aku mengharapkan 2016 menjadi tahun yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.

ربي يسر ولا تعسر

ربي تمم بالخي

اَمِين

اَمِين

يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

1 comment :

NabilaHasyim said...

Ya Allah, awak ada cerita kt blog ke ttg rompakan tu?
mmg seram la skg ni...

Semoga semua ini tidak berulang, dan kita semua dilindungi dr orang yang berniat jahat, Amin..

back to top