♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, January 19, 2016

:: Road trip to Krabi Day 3 ::

Emerald Pool, a MUST to visit in Krabi

Hello... Hello...

Hari ni hari ke 3 kitorang kat sini. Seperti beberapa hari yang lepas, aktiviti kitorang kat sini memang sangat padat.

So, pagi ni, as scheduled, kitorang akan ke Sa Morakot atau juga dikenali sebagai Emerald Pool. Sebelum kitorang bertolak ke sana, kitorang breakfast dulu. Wajiblah kan...

Dan macam biasa, breakfast kat sini memang berat, walaupun Rushdi kata "kita breakfast ringan-ringan jer".

Ini dia punyer ringan

Ha! Ringanlah sangat!

Hehehehe...

Ini ialah Khao Mok Gai. Nasi ala nasi beriani, version Thai. Rasanya pun lebih kurang nasi beriani cuma cara makan dia berbeza. Sebelum makan kena curah dulu sos cili kat ayam dan nasi dan gaulkan, barulah makan. Aroy! Dan pedas...

Ada jugak bermacam-macam jenis kuih-muih yang dijual kat sini. Kuih muihnya ada yang sama seperti kuih-muih tradisional Malaysia jugak.

Kopi kat sini the best! Kalau nak order kopi panas kena cakap 'Cafe ron'. Nanti dia akan bagi kopi susu pekat yang awesome!!!

Lepas breakfast, kitorang terus bergerak ke Emerald Pool yang terletak tak jauh dari pekan Krabi. Kitorang tiba kat sana pukul 10 pagi dan merupakan kumpulan pertama yang tiba kat sana pagi tu. Yeeeehhhhaaaaaa!!!

Kat sana, kitorang kena berjalan lebih kurang 1 km sebelum sampai ke kawasan kolam.

So, jom jalan beramai-ramai!

Niesreena dan Naufal laju jer berjalan dengan abang-abang dan kakak-kakak diorang.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kitorang sampai juga ke kawasan pool.

Pertama kali terlihat kat Emerald Pool... memang tak sudah memuji kebesaran Allah swt.

Subhanallah!

Subhanallah!

Subhanallah!

Cantiknya!!!

Air kolam sangat jernih bewarna hijau. Patutlah ia dipanggil Emerald Pool.

Kitorang datang awal, first team, so memang tak der orang lain kat pool yang cantik ni. Kiter kiter ajer lah!

Kolam air tawar ni dipenuhi ikan. Dari permukaan boleh nampak ikan-ikan dan bila menyelam lagi banyak nampak ikan. Macam-macam jenis ada.

Niesreena dan Naufal mula-mula takut gak nak berenang dengan ikan-ikan. Tapi lama kelamaan seronok pulak mengejar ikan.

Kolam ni tak lah dalam sangat. 1 meter lebih jer. Kalau tinggi aku ni berdiri dalam kolam tu masih boleh lagi lah. Naufal dan Niesreena pun dah boleh berenang, so diorang memang enjoy sangat berenang kat sini.

Lebih kurang sejam mandi kat sini... rasa sekejap sangat. Then Rushdi bawa kitorang naik atas lagi beberapa meter untuk ke kolam-kolam lain pulak.

Untuk ke blue pool terdapat laluan khas yang disediakan. Sebab nak ke sana, kena merentasi anak-anak sungai dan kawasan berlumpur.

Ini kolam di antara kolam biru yang sedang mengalir turun ke kolam hijau.

Di atas sekali, terdapat kolam yang berwarna biru.

Subhanallah!

Subhanallah!

Subhanallah!

Memang cantik sangat!

Di kolam biru ni tak dibenarkan untuk mandi sebab bawah dia adalah tanah jerlus. Air kolam ni memang sangat biru. Semulajadi biru dan memang tak tahu apa yang menyebabkan airnya terlalu biru.

Satu fenomena kat sini, kalau kitorang tepuk tangan dengan kuat beramai-ramai, akan keluar buih-buih udara dari dasar kolam. So atas permukaan kolam nampaklah riak-riak udara yang keluar. Memang pengalaman yang menakjubkan yang dapat kitorang lihat kat sini.

Kitorang kemudiannya turun semula ke kolam hijau dan tengok ramai orang lain dah sampai dan memenuhi kolam. Alhamdulillah... syukurlah datang awal pagi tadi. Kalau ikutkan memang tak puas dan nak lagi spend masa kat sini. Tapi kitorang ada program lain.

Korang kalau sampai ke Krabi, harus datang ke sini tau! Jangan lupa bawa goggle untuk menikmati keindahan dasar kolam.

Lepas membersihkan diri dan menukar pakaian, kitorang gi makan kat salah sebuah kedai makan milik keluarga Rushdi. Kami dihidangkan dengan masakan kampung yang macam biasa memang sedap! Aroy!

Dan kemudiannya solat di masjid yang berhampiran.

Program seterusnya diteruskan dengan mengunjungi Anuban Wangthong School. Ketibaan kitorang disambut oleh ustaz Imran, salah seorang guru di sekolah ni.

Sekolah ni merupakan sekolah agama private yang dibuka untuk anak-anak orang miskin sekitar Krabi ni. Yang menakjubkan di sekolah ni terdapat seorang pelajar beragama Budha yang turut belajar kat sini.

Selain bahasa Thai para pelajar kat sini turut belajar bahasa Melayu, English dan bahasa Arab.

Program seterusnya ialah menyampaikan sumbangan dan derma kepada keluarga miskin. Ustaz Imran dan ketua kampung kat sini telah membantu mengenalpasti beberapa penduduk miskin tegar untuk menerima sumbangan dari pihak KK1, USIM sebagai sebahagian daripada program ke Thailand ni.

Salah seorang daripada penerima sumbangan ialah nenek ni yang menjaga tiga orang cucu-cucunya, tanpa ibu dan bapa anak-anak tersebut. Dan lebih menyedihkan salah seorang daripada 3 cucu dia tu cacat disebabkan demam panas.

Penerima kedua merupakan pasangan suami isteri yang tinggal di dalam rumah usang ni.

Kedua-dua pasangan ni nampak uzur dan suami tidak dapat bekerja kerana sakit dan tak boleh berjalan lagi.

Dan yang ketiga ialah nenek ni yang hidup sebatang kara dan tak mendapat bantuan kerajaan sebab dia hanya menumpang di rumah orang yang tidak beralamat.

Kesemua mereka ni tak pandai dan tak paham bahasa Melayu. So ustaz Imran menjadi perantara di antara kami. Terdapat beberapa lagi sumbangan kepada fakir miskin yang telah disediakan tapi sebab tak sempat nak pergi kepada semua penerima, so, Insya Allah, ustaz Imran akan mengagihkan bantuan tersebut dengan bantuan penghulu kampung.

Alhamdulillah... misi GISO adik-adik dan kakitangan KK1 USIM ni berjalan lancar. Sedih tengok nenek-nenek dan atuk yang nampak terharu sangat dengan sumbangan kecil yang diberikan. Diorang menangis bila kitorang meninggalkan diorang.

Seterusnya kitorang sempat singgah di kilang kayu dimana pihak KK1 ada menghulurkan sedikit derma untuk wakaf mimbar. Tak sangka kehadiran kitorang disambut mesra. Siap ada papan yang dah siap disediakan untuk wakaf tersebut.

Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Semoga segala usaha yang kecil ni mendapat rahmat dari Allah swt.

Pada sebelah malamnya pulak, selepas mandi, berehat dan solat, kitorang dibawa keluar untuk makan.

Hidangan kali ni sangat special, sama jugak seperti malam-malam sebelumnya. Hehehhehe... Malam ni kitorang disajikan dengan somtam goreng!

Korang pernah makan?

Aku tak pernah sebelum ni. Ini first time aku dengar dan aku makan dan rasanya... aroy!

Dengan tak malunya, aku mintak Rushdi tambah lagi somtam goreng ni... sampai tiga pinggan! Huhuhu... kalau malu, rugi. Hehhehehe....

Lepas dinner, seperti malam sebelumnya, kitorang pergi lagi ke Ao Nang beach. Nak urut lagi!

Aaaaa... tapi malam ni tak nak urut badan dah... Sebab penat sangat berjalan sepanjang hari ni, kitorang buat urut kaki pulak. Siap scrub kaki! Memang sabai sabai!

Lepas scrub kaki, memang terasa licin dan lembut tumit kaki.

Malam ni jugak kitorang berkesempatan berjalan-jalan kat kedai-kedai sepanjang pantai Ao Nang ni.

Tak sangka... dalam masa satu hari ni banyak betul aktiviti yang kitorang buat. Macam panjang betul sehari di Krabi. Dan aktiviti semua best! Makan pun best! Banyak betul pengalaman dan kenangan manis.

Esok... kitorang akan timba pengalaman lain pulak. Tetap menarik dan best!

Tunggu dalam post seterusnya yer...

No comments :

back to top