♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 17, 2016

:: Road trip to Krabi Day 1 ::

Sehari di Hatyai...Food! Food! And Food!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba.

A road trip to

Krabi!

Excited! Sebab orang kata Krabi best. Betul ke idok? Nanti tengoklah sendiri yer...

Percutian kali ni kitorang ikut Program Giso KK1.

Malam tadi, kitorang gerak lebih kurang pukul 9.45 malam dari KK1, USIM, selepas selesai solat isyak dan solat hajat agar perjalanan kitorang selamat. Kitorang naik bas USIM.

Lebih kurang pukul 4 pagi, kitorang tiba di Masjid Changlun. Tunggu kat sana sehingga masuk subuh.

Lepas selesai solat subuh, kitorang sempat pekena roti canai dan teh tarik kat warung berdekatan. Ada banyak sangat kucing kat warung ni. Niesreena suka giler!

Setelah selesai sarapan, bas mula bertolak menuju ke sempadan. Kat sempadan Malaysia - Thailand, kitorang hanya berjalan kaki. Bas hanya sampai sempadan Malaysia jer. Kat Thailand, ada orang yang ambik kitorang.

Alhamdulillah, urusan di kastam Sadao berjalan dengan lancar walaupun tak paham sikit habuk pun pegawai kastam Thai cakap bahasa Siam dengan aku. Agak-agak aku ada rupa orang Thai ke? Huhuhu...

So, inilah pemandu pelancong kitorang sepanjang kitorang kat bumi Siam ni.

Yang comel pakai topi tu husband aku yer, enche Neezam dan disebelahnya ialah Rushdi dan Ayoh. Diorang ni sangat mesra dan pandai berbahasa Melayu. Rushdi ni dulu student USIM dan sekarang tengah sambung Master kat UIA. Alhamdulillah... sekarang ni tengah cuti sem, so memang rezekilah dapat jumpa dia untuk jadi pemandu pelancong kitorang kat sana.

Niesreena dan Naufal kepenatan. Masuk jer dalam mpv, terus 'pengsan'.

Kitorang kemudiannya dibawa untuk 'brunch' di salah sebuah kedai makan. Walaupun kedai makan tu nampak biasa-biasa sahaja, tapi masakannya... masya Allah! Sedapnya!!!

Kerabu mangga haruslah ada!

Telur ikan goreng.

Dan gulai kat bawah ni, Kheng Som, asam pedas ala Thai. Sedap giler!

Kheng Som ni lebih pedas dari tomyam tapi memang sedap!

Lepas makan, kitorang terus menuju ke Hatyai. Perjalanan mengambil masa lebih dari sejam.

Sepanjang perjalanan kitorang dapat tengok banyak betul kuil-kuil Budha di kiri kanan jalan dan papan-papan tanda dan papan-papan iklan yang kitorang memang tak boleh baca sebab tulisan diorang yang totally berbeza. Tapi kalau macam arah jalan tu, diorang ada lah tulis guna ABC.

Sebelum sampai ke Songkhla, kitorang dibawa untuk menaiki feri. Dengan kereta-kereta sekali naik. Rushdi kata, kalau naik feri jimat 30km perjalanan dan lebih cepat. Oklah tu... Naik feri pun syok jugak!

Naik feri, bila feri jalan siap ada lagu dalam bahasa Thai. Habis jer lagu, feri pun sampai di seberang. Rasanya lebih kurang 2 minit jer.

Kitorang kemudiannya singgah kat tepi pantai Songkhla. Kat sini ada satu statu kepala naga dan tentulah ada cerita disebaliknya.


Kat sini jugak kitorang berkesempatan merasa ais krim kelapa dalam tempurung kelapa.

Seriously sedap! Dalam ais krim ni bukan setakat ada aiskrim kelapa yang fresh tapi ada pulut, buah kabung, kacang, isi kelapa muda, roti dan macam-macam lagi! Memang sedap!

Ada ramai peniaga aiskrim sepanjang pantai ni dan harganya sekitar 30 - 35 bath.

Semua sedapkan Julie ni. Tapi seriously... memang sedap!

Dan more sedap foods to come in this post. Hheheheheh...

Kitorang kemudiannya dibawa ke hotel di Hatyai untuk berehat dan mandi. Dari malam tadi tak mandi! Makan dah macam-macam... huhuhu...

Hotel kitorang biasa-biasa sahaja tapi selesa; bilik besar, ada aircond, ada mineral water, ada wifi, ada water heater dan tv. TV ada banyak saluran tapi semua bahasa Thai. Even citer omputeh pun kena alih bahasa ke bahasa Thai! Huhuhu....

Gambar hotel tak der sebab sampai bilik masing-masing terus rebah. Penat!

Dua jam lepas tu, keluar lagi. Kali ni kitorang ke Hatyai Plaza.

Kat sini ada banyak sangat kraftangan, t-shirt dan cenderahati dijual dengan harga yang murah-murah. Actually aku tak berbelanja apa pun kat sini sebab masih tak familiar dengan duit Thai. So, jalan-jalan cuci mata jer dulu.

Kemudiannya kitorang di bawa ke

Klonghae Floting Market, Hatyai.

Ya Allah! Kat sini... lagi banyak makanan!

Banyak sangat makanan dan kuih-muih tradisional diorang. Aku... kalau pergi sesebuah tempat memang suka try makanan diorang dan kat sini memang heaven! Dah lah sedap... murah plak tu!

Makanan kat sini kebanyakannya halal dan para peniaga berniaga dari atas sampan.

Sushi pun ada

Kuih kat bawah ni yang paling menarik perhatian aku.

Cantik sangat betul buah-buahan mini.

Comelkan...

Kuih ni namanya Look Choop. Sejenis kuih kacang tapi berbentuk buah-buahan. Sekali tengok macam jeli sebab kuih kacang tu finishingnya dicelop dengan agar-agar.

Sedap!

Banyak makanan kat sini.

And yes! I've tried most of the foods!

Dekat bahagian atas sungai ada dua lagi kawasan orang berniaga. Yang lepas jambatan lebih kurang pasar malam dan kat kawasan ni ada jual cenderahati dan makanan tapi kebanyakannya makanan yang diragui kehalalannya. So, tak beranilah nak cuba. Kiter mampu tengok ajer lah yer...

Ada berani nak cuba?

Cuba baby nanas ajer lah... Manisnnya...

Selepas pasar terdapat sebuah kuil budha. So, kitorang tengok-tengok jer lah. Niesreena dan Naufal tak nak masuk!

Satu bahagian lagi Klonghae Flooting market ni ialah tapak berniaga yang dah ada gerai-gerai tetap diorang. Banyak jugak cenderahati di jual kat sini.

Sebelum meningalkan Klonghae Floating Market ni, kitorang sempat menonton persembahan tradisional Siam yang dipersembahkan. Diorang menari dan ada jugak short sitcom. Walaupun tak paham sebab diorang berbahasa Thai, tapi terhibur dengan gelagat duorang 'lady boy' diorang. Huhuhu...

Dan enche Neezam... seperti biasa... tidak melepaskan peluang...

Dan peluang lebih besar lagi!

Haaaiiisshhhhh... nasib baik tak boleh bawak balik jer!

Hehehhehehe...

Actually, students USIM ada misi kat sini. Alhamdulillah... misi diorang pun berjalan lancar.

Bila hari dah mula gelap, kitorang dibawa untuk makan malam di sebuah restoran halal di Hatyai.

Banyaknya masakan Thai yang disajikan untuk kitorang! Ada tomyam, somtam, khengsom, telur bungkus, telur dadar, kailan ikan masin, belacan dan daging masak merah! Ingatkan tak habis sebab kat floating market dah makan macam-macam... tapi akhirnya... semua licin...

Sebab semuanya sedap!

Destinasi terakhir kitorang sebelum balik ke hotel ialah ke

Asean Night Bazaar

Kat sini ada banyak jugak cenderahati dan kraftangan yang dijual tapi tak sama dengan yang dijual di Hatyai Plaza. Kat sini lebih hipster sikit. Hehehhe...

Balik hotel, semua orang 'pengsan'. Kaki pun dah naik lenguh.

Ya Allah!

Hari yang sangat panjang dan memenatkan tapi menyeronokkan!

Insya Allah... esok kitorang akan gerak ke Krabi. Esok satu lagi hari yang panjang dan penuh dengan pengalaman yang menyeronokkan!

No comments :

back to top