Hari ni aku cuti lagi.
Semata-mata untuk gi
S.K.O.D.E.N.G!
Hahahaha... gi intai Naufal lah...
Dulu masa Niesreena tahun 1 pun enche Neezam buat benda yang sama. Bukanlah intai apa pun. Just jenguk diorang. Tengok ok ke idok?
Pagi tadi, enche Neezam hantar Niesreena dan Naufal depan sekolah. Terus tinggalkan depan pagar. Tak der nak hantar depan kelas ke hapa. Kitorang tau Naufal ok. Lagipun ada Niesreena.
Cuma waktu rehat, Niesreena dan Naufal tak sama. Naufal sessi 1, Niesreena sessi 2. So, aku decided untuk gi intai Naufal pada waktu rehat.
Masa aku sampai, Naufal tak der lagi kat kantin. Beberapa minit selepas tu baru Naufal keluar kelas. Aku menyorok disebalik tembok kantin. Aku nampak Naufal jalan beriringan dengan kengkawan dia sambil tangan kiri peluk botol air dan tangan kanan pengang bekas makanan. Kawan-kawan Naufal pun ada bawa botol dan bekas makanan sendiri jugak.
Diorang cari tempat kosong kat kantin dan letakkan botol dan bekas makanan masing-masing atas meja. Kawan-kawan yang lain duduk dan mula makan.
Tapi Naufal...
Dia gi tengok burger yang ada dijual kat kantin. Then pakcik jual burger tu macam tanya dia something dan aku nampak Naufal geleng kepala dan terus pusing nak berjalan balik ke meja makan.
Tiba-tiba...
sorang budak entah datang dari mana berlari dan terlanggar Naufal. Naufal jatuh ke lantai. Terkejut aku tengok. Nak je aku lari kat Naufal dan tolong dia. Tapi aku sabaaaaaaaar je. Hati rasa sakitnyaaaaaa...
Aku tengok Naufal bangun dan sapu-sapu pipi kiri dia yang dilanggar. Naufal macam menahan kesakitan. Dia berjalan balik ke tempat dia letakkan botol dan bekas makanan dan duduk. Naufal nampak tengah tahan sakit dan macam nak nangis. Dia tunduk je sambil sapu-sapu pipi kiri dia.
Siannya...
Tiba-tiba dia angkat kepala dan terus tertoleh kat arah aku. Naufal nampak aku disebalik tembok! Dia terus pandang aku yang cuba-cuba nak menyorok lagi dan Naufal terus menangis. Tak sampai hati nak menyorok lagi. Aku terus pergi kat dia.
Aku duduk sebelah Naufal dan tengok pipi dia yang merah. Siap ada sisa kuih karipap kat pipi dan telinga kiri dia. Mungkin budak yang berlari tadi pegang kuih karipap. Haaaiiiissshhhh... anak saperlah dok berlari kat kantin! Tapi... biasalah bebudak...
Aku terus peluk Naufal. Naufal nangis. Dia kata sakit. Sian baby mama. Macam manalah nak lepaskan dia. Macam tak boleh berdikari jer. Huhuhu...
Aku suruh Naufal berhenti nangis dan makan. Takut masa rehat habis nanti tak sempat nak makan pulak.
Lepas makan, Naufal suruh aku balik. Dia suruh aku jangan risau dan dia kata dia ok. Mata masih ada air mata lagi...
Aku tengok dia hantar botol dan bekas makanan kat kelas dan turun semula dan main lari-lari dengan kengkawan dia kat tapak perhimpunan. Hmmmm... dah ok lah tu.
Lepas tengok dia beratur lepas rehat dan dia masuk kelas, aku pun balik.
Tengahari tu, aku dan enche Neezam gi skodeng lagi. Just nak make sure Naufal naik van sekolah yang betul.
Alhamdulillah... Naufal cari orang yang betul sepertimana aku ajar dia semalam. Lega bila tengok Naufal naik van yang betul. Actually, Naufal memang excited dan tak sabar nak naik van sekolah. Sebelum ni mama dan ayah jer yang hantar dan ambil dari tadika.
Dah tengok Naufal naik van yang betul, then aku dan enche Neezam gerak ke rumah transit pulak. Sajer skodeng nak tengok berapa lama van ambik masa untuk hantar dari sekolah ke transit. Alhamdulillah... tak sampai 5 minit, Naufal dah sampai ke transit.
Kebetulan, van Naufal lalu kat sebelah enche Neezam park kereta untuk skodeng. Ingatkan, selamatlah... Detektiflah sangat kononnya. Kitorang ingatkan van lalu jalan lain. Rupanya van lalu dari jalan yang sama. Naufal pulak duduk bahagian depan dalam van sekolah. Bila van dia lalu jer sebelah kereta kitorang, Naufal jerit "Ayah!" sambil melambai. Tersengih jer dia.
Hahhahaha... kantoi!
Kitorang tengok Naufal turun dari van dan masuk dalam transit. Enche Neezam berhentikan kereta kat transit tu dan bubbye Naufal. Naufal senyum dan lambai balik. Aku terkejut jugak. Ingatkan Naufal nak ikut kitorang, tapi dia relax jer masuk ke dalam rumah transit.
Hmmmm... ok lah tu! Satu pencapaian yang bagus.
Pukul 2 petang gi intai Niesreena pulak sebab ni first time Niesreena naik van sekolah yang ni, lain dari tahun lepas. Alhamdulillah, Niesreena pun dapat cari van yang betul!
Hmmm... Niesreena lain pulak ceritanya. Aku tak menyorok pun, aku berdiri tepi tangga, tapi Niesreena tak nampak aku yang sebesar-besar orang ni. Haaaiiiisssshhhh... aku tengok jer dia. Mungkin sebab Niesreena fokus, mata melilau cari pakcik van yang sepatutnya.
Legalah rasanya! Berbaloi cuti 2 hari. Semua urusan settled.
Esok bolehlah gi kerja dengan tenang.
♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡
Anak-anak mama,
Niesreena dan Naufal.
Terima kasih atas pengorbanan kamu berdua sayang,
kerana terpaksa berdikari menguruskan hidup sendiri.
Terima kasih atas pengorbanan kamu berdua sayang,
kerana terpaksa menumpang di teratak orang sementara ayah dan mama bekerja.
Terima kasih atas pengorbanan kamu berdua sayang,
kerana memahami dan memudahkan ayah dan mama.
Terima kasih atas pengorbanan kamu berdua sayang...
Ayah dan mama akan berikan yang terbaik untuk Niesreena dan Naufal.
Semoga kita semua berjaya di dunia akhirat dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt.
Ayah dan mama sayang sangat Niesreena dan Naufal.
♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡ ♡
No comments :
Post a Comment