♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, December 30, 2019

Abah pecah rahsia

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Abah pecah rahsia...

Zaman 70an dulu abah I retis uollsss... siap ada piring hitam. Huhuhu...

Masa ni abah bujang lagi. Umur 20an.

Abah yang hemsem berbaju dan berseluar yenki biru 😍

Tak sabar ni nak jumpa abah. Nak korek lagi rahsia... dan nak suruh abah nyanyi... huhuhu...

Thursday, December 26, 2019

Cuti mengemas rumah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Bila cuti untuk mengemas rumah, otak ni mulalah ligat fikir nak tukar tu, nak tambah ni, nak buat tu, nak remove ni.

😅😅😅

Tapi bak kata orang, kalau ada duit semua jadi.

So buat masa ni, kiter angan-angan dulu dan buat apa yang mampu jer dulu yer.

Sikit-sikit menabung 😘

Sambung mengemas... banyak benda lagi nak settle...

Tuesday, December 24, 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....








Sunday, December 22, 2019

Punyalah penat-penat jogging... tapi pastu...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Pagi ni kena paksa jogging dengan mamat sorang ni. Nak bagi sihat katanya. Mentang-mentang badan orang tu makin slim. Badan hakak pulak makin naik. Hhmmm...

Kurang asam kan 😅

Adoi ... Nak tercabut buah pinggang den...

First time after 3++ years sarung kasut sukan balik untuk berjoging. Dia terus bantai pusing kampung almost 5 km.

Kurang asam betul 😭😭😭

Apapun... hakak tetap steady... lah sangat... huhu...

Thank you jadi personal trainer I 😘...

Nanti I masak sedap-sedap untuk you yer 😁

Hmmmm... tapi... lepas penat-penat jogging, dia bawak pulak aku pergi...

<

menyendol!

Adoiiii... penat-penat lari... pastu tambah kalori balik... bertambah-tambah!

Aku elok-elok tak ambik nasi lemak, tapi dia suap-suapnya aku.

Cam no? Cam no hakak nak kurus?

Huhuhu...

Redhoooo jer lah...

Thursday, December 19, 2019

Throwback Thursday | Niesreena & Naufal 7 years ago

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Masih berdua beradik jer masa ni...

Sunday, December 15, 2019

♡ My lovely emak turns 60 years young ♡

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... surprise menjadi di hari istimewa ni.

Emak tak sangka semua anak-anak emak dapat berkumpul hari ni.

Ingatkan abah dan adik sajer bawak jalan-jalan cuci mata.

Tup tup semua ada.

Terkejut emak bila nampak family aku dan joy tiba. Tapi nampak sangat emak happy.

Lepas semua berkumpul, kitorang gi lunch kat NY Steak.

Samakan muka aku dengan muka emak? Sama comel.

Budak comot!

Sepotong jer kek birthday emak. Sebab emak tak suka makan kek sebenarnya. So, ini kira asal ada jer. Huhuhu...

Last, kitorang bagi hadiah untuk emak.

Taraaaa....

Hahahaha... emak macam biasalah... marah kitorang sebab membazir... marah-marah sayang... sebab handphone emak elok lagi walaupun dah lama.

Kitorang pulak rasa, handphone emak macam dah outdated sangat. Emak masih pakai hp Mi Note yang pertama keluar dulu. Masih elok macam baru lagi. Nak tunggu handphone emak rosak entah bilalah kan. Sebab emak tu cermat orangnya. So, apa salahnya... handphone baru untuk emak dari kitorang semua...

Seronok tengok emak happy...

Emak memang happy sangat sampai mengalir air mata dia. Huhu...

Selamat harijadi emak

💝💝💝

Kitorang sayang sangat kat emak.

Apa yang kitorang buat ni tak sebesar pengorbanan emak membesarkan Julie, Joy dan Adik.

Terima kasih kerana selalu mendoakan kitorang semua.

Semoga emak dan abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kesenangan dan kebahagian dunia dan akhirat. Insya Allah...

Kitorang sayang sangat kat emak dan abah!

Friday, December 13, 2019

Me and him...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Tahun depan kitorang 40 tahun tau...

Tu je nak syakap 😁

Wednesday, December 11, 2019

Julie ❤ Neezam - 14 years of marriage

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Gambar 14 tahun lepas... Merenung masa depan....

Alhamdulillah... bahagia... 😘😘😘

Abang, thank you for everything.

Knowing you in almost 20 years are the best part of my life.

You are the most hardworking, funny, decisive and annoying 😅 husband ever!

And I am the luckiest wife 😘😘😘

Thank you for always guiding me and our beautiful children 👧🏻👦🏻👶🏻

I love you so much and will always love u forever and ever.

Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita sekeluarga dan panjangkan jodoh kita dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya.

Ameen...

Happy 14th wedding anniversary to us.

😘😘😘

Sunday, December 8, 2019

The kids are back!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Malam Khamis yang lepas balik ke Segamat untuk sambut birthday Niesreena bersama-sama hari Jumaat hari tu. Hari Sabtu, awal-awal pagi lagi dah bertolak balik semula ke Nilai sebab hari Ahad enche neezam ada larian.

Niesreena dan Naufal pun ikut balik sekali setelah 2 minggu kat kampung. So, dah bisinglah semula rumah.

Semalam dari Segamat, kitorang terus IOI Putrajaya. Enche Neezam collect running kit dia.

So sempatlah pusing-pusing jap kat IOI. Cuci mata jewww...

Then makan kat favorite place kitorang. Sempena harijadi Reena jugak kononnya. Sebab hari tu tak sempat nak bawak makan best-best. Cuma sempat tengok Ejen Ali jer masa birthday Niesreena hari tu. Tu pun sebab Naufal yang nak tengok. Hahaha...

Oooo ayah tok sempat jugak buatkan Reena pulut kuning masa harijadi dia hari tu.

Mengakhiri hari yang panjang ni, kitorang ke Mydin pulak beli barang dapur. Maklumlah... bebudak dah balik. Banyak barang dapur nak kena top up. Sepanjang dua minggu Niesreena dan Naufal tak der kat rumah, aku memang langsung tak masak. Huhuhu... Nampaknya rutin biasa, kena start semula - balik kerja, masuk dapur!

Ini budak, kemain seronok nampak lolipop besar kat Mydin. Terus menonong ambik dan peluk!

Terserlah happy kat muka dak comel ni.

Kemain lagi peluk kan?

Ingat boleh dapat? 😏

So, rumah dah riuh semula dan bersepah semula sebab bebudak dah balik. Huhuhu...

Enche Neezam awal pagi lagi tadi dah pergi Ice Watch run. Sat lagi sampailah rumah tu...

Hari ni tak plan gi memana. Lepak jer kat rumah. Macam-macam benda nak buat. Moh ler mengemas!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top