♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, December 15, 2019

♡ My lovely emak turns 60 years young ♡

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Alhamdulillah... surprise menjadi di hari istimewa ni.

Emak tak sangka semua anak-anak emak dapat berkumpul hari ni.

Ingatkan abah dan adik sajer bawak jalan-jalan cuci mata.

Tup tup semua ada.

Terkejut emak bila nampak family aku dan joy tiba. Tapi nampak sangat emak happy.

Lepas semua berkumpul, kitorang gi lunch kat NY Steak.

Samakan muka aku dengan muka emak? Sama comel.

Budak comot!

Sepotong jer kek birthday emak. Sebab emak tak suka makan kek sebenarnya. So, ini kira asal ada jer. Huhuhu...

Last, kitorang bagi hadiah untuk emak.

Taraaaa....

Hahahaha... emak macam biasalah... marah kitorang sebab membazir... marah-marah sayang... sebab handphone emak elok lagi walaupun dah lama.

Kitorang pulak rasa, handphone emak macam dah outdated sangat. Emak masih pakai hp Mi Note yang pertama keluar dulu. Masih elok macam baru lagi. Nak tunggu handphone emak rosak entah bilalah kan. Sebab emak tu cermat orangnya. So, apa salahnya... handphone baru untuk emak dari kitorang semua...

Seronok tengok emak happy...

Emak memang happy sangat sampai mengalir air mata dia. Huhu...

Selamat harijadi emak

💝💝💝

Kitorang sayang sangat kat emak.

Apa yang kitorang buat ni tak sebesar pengorbanan emak membesarkan Julie, Joy dan Adik.

Terima kasih kerana selalu mendoakan kitorang semua.

Semoga emak dan abah sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kesenangan dan kebahagian dunia dan akhirat. Insya Allah...

Kitorang sayang sangat kat emak dan abah!

No comments :

back to top