♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 20, 2017

Company Trip & Appreciation Dinner @ Cameron Highlands

Alhamdulillah... Selamat sampai kat rumah jam 9 malam.

Sejak hari Sabtu yang lepas, aku tinggalkan family untuk company trip. Bukan jauh sangat pun. Kat Cameron jer tahun ni. Alhamdulillah... ok lah... daripada tak der. Huhuhu...

Sedih sebenarnya nak tinggalkan anak-anak. Tapi kena kuatkan jugak semangat. Cari 'me time' untuk diri sendiri.

Bertolak hari Sabtu lepas, jam 7 pagi dari rumah dan selamat tiba di BOH Tea Plantation Sungai Palas lebih kurang jam 11 pagi. Alhamdulillah... nak naik ke Cameron kereta tak banyak. So, tak jem sangat. Mula mencabar bila nak naik ke BOH Sungai Palas tu; jalan kecik dan berliku serta banyak kereta! Tapi alhamdulillah... nasib baik driver berpengalaman dan hati kering. Huhuhu...

Subhanallah... cantik betul pemandangan bila dah sampai atas.

Tapi bila turun lebih kurang jam 2 petang, jalan dah tak berapa busy. Lega rasa.

So, korang kalau bercadang nak ke BOH Tea Plantation Sungai Palas ni. Silalah naik lepas jam 1 tengahari. Insya Allah... jalan clear.

Di Cameron Higland, kitorang menginap di Strawberry Park resort, Brinchang. Bilik memang best; besar dan selesa. Tapi service... K.O! Nanti aku cerita kemudian.

Dinner kitorang makan di Steamboat & Grill Taman Abang. Seriously, memang best! Daging dan kambing grill dia memang sedap giler.

Pilihan makanan, berbaloilah dengan harga. Harga pun pun berpatutan; RM39 untuk dewasa dan RM33 untuk warga emas. Cuma tak der ketam.

Kalau hari minggu, tempat ni tak boleh booking. So, first come, first serve. So, jam 5 petang kitorang dah sampai kat sini. Semua 30 orang berkumpul kat sini tanpa booking! Memang gamble giler. Huhuhu... Aku takut jugak kalau full sebab tempat ni memang famous. Tapi alhamdulillah... rezeki kitorang.

Malam tu lepas dinner, ingatkan nak jalan ke pasar malam. Sebab orang kata, kalau dah sampai Cameron Highland, wajib pergi pasar malam. Tapi... jalan nak ke pasar malam kemain jem. Terus kitorang patah balik ke hotel. Hmmm... banyak kerja nak buat lagipun malam tu untuk persediaan appreciation dinner hari berikutnya.

Semua kerja keras malam tu! Balik bilik, terus pengsan memasing.

Hari kedua kat sini, kitorang habiskan sepanjang hari dengan teambuilding. Malam pulak, appreciation dinner!

Kemain bertopeng memasing.

Alhamdulillah... ada jugak rezeki menang lucky draw.

Huhuhu...

Penat hari tu, tapi sempat jugaklah lepak dengan kengkawan sampai pukul 1 pagi kat bilik. Seronok sekali sekala macam ni... lepas kelaku, orang kata. Hahahaha!

So, hari ni, third day... final day... balik day... Aktiviti free and easy jer. Ingat nak join kengkawan ke Mossy Forest pagi tadi tapi sebab penat semalam tak habis lagi, so, may be next time jer lah. Hari ni kitorang gi shopping jer, sebelum turun balik.

Kalau korang suka kaktus, bolehlah ke Cactus Valey kat Brinchang. Ada pelbagai jenis dan saiz cactus kat sini dan harganya murah-murah jer.

Kitorang kemudiannya ke tempat wajib shopping, iaitu ke Kea Farm. Kalau korang nak shopping strawberry dan teh, kat sinilah tempatnya. Murah-murah!

Geram tengok strawberry besar-besar kat sini. Macam kat gambar atas ni, strawberry besar, 4 pek RM10. Ada 2 lapis strawberry setiap pek tu. Giler murah! Menyesal kalau tak beli.

Kalau korang nak cari teh berperisa buah-buahan pun aku suggest beli kat sini lebih murah. Teh jenama Cameron Valley, 3 kotak baru RM29. Kat sini jugak wajib beli ubi kayu dia. Manis giler!

Oh ya... korang kena cuba jugak aiskrim strawberry. Sedapnyer! Siap ada strawberry kat dalam aiskrim. Nyum nyum...

Kitorang sempatlah jugak singgah ke Cameron Valley sebab memang on the way turun jer. Teh kat sini mahal sikit dari kat Kea Farm. Tapi kat sini jugak, kiter boleh masuk ladang teh.

Destinasi terakhir sebelum turun ialah ke Avant Chocolate. Tak der lah niat nak beli coklat pun. Tapi sebab kawan kata kat dalam dia ada dekorasi cantik dan lavender. So, kitorang singgahlah kejap. Tak singgah karang takut menyesal pulak. Huhu...

Huh! Jarang aku buat post yang muka aku banyak dalam gambar. Huhuhu...

Lepas tu, kitorang terus bergerak turun meninggalkan tanah tinggi Cameron melalui Simpang Pulai. Jalan Simpang Pulai ni cantik dan besar sikit berbanding kalau lalu Tapah. Cuma jauhlah sikit. Masa datang pun kitorang lalu sini.

On the way balik. kitorang sempat singgah makan nasi bamboo Sungai Klah. Dekat jer dengan highway. Exit toll Sungkai, then tak sampai 1 km akan jumpa restoran ni.

Menu wajib cuba kat sini tentulah nasi bamboo dan ayam kampung bunian. Sedap!

Alhamdulillah... tadi selamat hantar kengkawan satu kereta dan dihantar sampai ke rumah lebih kurang jam 9 malam. Thank you, Najwa!

Rindu giler kat anak-anak. Tengok baby Neeyaz dah tidur. Tapi nak kacau jugak. Huhuhu...

Penat!

Tapi esok kerja!

So, bekerjalah kiter sekueknyo!

Thank you CTI for the lovely trip and adventure!

Oh ya... sebelum aku akhiri post ni, just nak share pengalaman bekerjasama dengan Strawberry Park Cameron Highland.

Nak buat event di Strawberry Park, Cameron Highland? Better don't!

Aku adalah one of the committee untuk menjayakan trip dan appreciation dinner kali ni. Sebenarnya ada banyak tempat kitorang pilih, tapi atas beberapa faktor, akhirnya kitorang ke Strawberry Park Cameron Highland. Macam aku cakap awal tadi, bilik hotel kat sana memang best, cantik, besar, selesa... cuma service dia memang hampeh. Service kat sini bermaksud kerjasama kakitangan diorang expecially sales person yang liaise dengan kitorang. Sales person ni tak der pun kat sana. Dia kat KL dan kitorang just berhubung melalui email dan phone.

Dari awal sampai kitorang sampai, terkejut bila kata tak disediakan projektor padahal sepatutnya dalam perjanjian kata ada dalam pakej; cuma dalam agreement bertulis tu tak dinyatakan. Kalau betul tak disediakan, kitorang boleh jer bawa dari office. Tapi sebab dia kata in the package, so tak bawaklah. Bila kitorang mintak jugak, diorang nak tambah bayar. Actually satu hari RM100 jer. Boleh jer nak bayar, tapi diorang dah janji, so, mestilah nak fight sampai dapat. Lagipun, kitorang bayar berbelas ribu dah. Takkanlah projektor sewa RM100 pun tak boleh nak bagi?

Deal dengan sales person tu, dengan cara cakap kurang sopan dan tak membantu langsung. Front desk pun sama. Tak membantu. Malah bohong kata person in charge cutilah. Tapi akhirnya kantoi. Bila dah kantoi boleh pulak dia gelak jer.

Etika apa yang diorang guna ni? Memang disuruh menipu ke untuk cover your shit?

Tapi akhirnya, dah lebih kurang jam 12 malam, baru kata hotel akan berikan secara percuma.

Bukan tu ajer... ada lagi...

Malam event kitorang, the appreciation night. Jam 9.30 malam, sedang event berlangsung, tetiba manager dia datang dan kata nak pack up makanan.

What the ....???

Aku terkejut... tengok jam... baru 9.30 dah nak pack up?!

Biar betul?

Kalau ikut agreement, sepatutnya sampai pukul 11 malam iaitu sehingga event tamat.

Manager dia senang cakap, diorang tak diberitahu, so diorang ikut time restoran tutup jam 10 malam. Giler ke hapa? Orang ramai tak makan lagi.

Aku tak pernah deal dengan vendor macam ni. Tak pernah gi event makan malam yang tak der makanan! Huhuhu... So selfish!

Jam 10 malam. Diorang pack up makanan yang masih banyak tak tersentuh lagi.

Macam ni diorang buat business?

Ada beberapa kes lagi sebenarnya. Tapi cukuplah setakat ni sebagai peringatan.

So, korang kalau nak buat event kat Strawberry Park ni. Tolonglah fikir betul-betul. Buat sakit hati jer. Adab diorang pun memang ke laut. Staff cakap kasar, staff kaki menipu, etika kerja kelaut.

Nama jer strawberry park. Haram sebiji strawberry pun aku tak nampak kat sini!

Nak buat event kat sini lagi? Never again! I rate them 0.5 out of 10!

No comments :

back to top