Baby Neeyaz dah 6 bulan! Betul-betul 6 bulan hari ni.
Semalam baru jer balik berjimba-jimba... hari ni nak kena cucuk pulak. Huhuhu...
Tengok... muka pun dah cuak jer...
Dah beberapa kali masuk bilik cucuk ni, baby Neeyaz macam dah tahu jer, dia bakal kena cucuk kat sini. Siap buat muka kesian. Huhuhu...
Sian baby Neeyaz. Menangis jugaklah kena cucuk tadi. Tapi sekejap jer.
Perkembangan baby Neeyaz pun alhamdulillah mengikut chart yang sepatutnya. Sekarang dah 7 kilo! Patutlah semakin tak larat mama nak dokong.
Nurse kata dah boleh bagi makan. Insya Allah nanti mama cuba buat makanan Neeyaz k!
Alhamdullillah... setakat ni setiap kali cucuk baby Neeyaz tak der masalah. Tak pernah demam ke hapa. Semoga terus kuat dan sehat yer anak mama.
Love you soooo much!
No comments :
Post a Comment