Kitorang lepak kat Geno, Subang Jaya hujung minggu ni.
Biasalah... ikut enche Neezam kerja.
Best view dari tingkat 11 hotel ni. Boleh nampak Putra Heights! Boleh nampak kawasan tempat kerja aku. Huhuhu...
Bebudak ni, kalau dah ke hotel, apa lagi.... pool lah yang diorang nak terjah dulu.
Bukan setakat Naufal dan Niesreena jer tak sabar masuk pool. Baby Neeyaz pun dah jangkit!
Tengoklah... muka happy kemain dapat masuk pool.
Huhuhu...
Sebelum masuk pool, ingat nak bawak baby Neeyaz lepak-lepak jer dulu tepi pool. Biar kakak dan abang mandi dulu.
Tapi...
Baby Neeyaz kat tepi pool dah melompat-lompat tak sabar nak main air.
Anak-anak aku... memang suka main air.
Tengok video ni, baby Neeyaz excited giler masuk pool. Kaki ye ye jer macam berenang.
Di link bawah ni aku ada kongsikan
10 benda yang perlu anda sediakan untuk bawa baby anda berenang dan tips bawa baby anda berenang untuk pertama kali.
Semoga bermanfaat!
No comments :
Post a Comment