بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ni kita dah masuk fasa kedua tempoh PKP. Maksudnya dalam bulan 4 ni nanti, 2 minggu budak-budak ni takkan ke sekolah dan Neeyaz pun tak ke taska. Tu kalau tak dilanjutkan... kalau dilanjutkan? Macam mana dengan yuran taska dan transport bulan ni?
Aku tengok kat berita pun dah kecoh dengan isu ni sejak kebelakangan ni. Kena bayar penuh, separuh atau tak bayar langsung?
Ada kawan aku kat Nilai ni, taska anak dia suruh bayar penuh. Adik aku kat KL, taska dan transit cuma bagi diskaun 30% - perlu bayar baki 70%. Banyak jugak nak bayar. Orang kata, pay for nothing.
Kalau perlu bayar penuh rasa macam tak adil bagi pihak ibubapa sebab kita tak hantar anak-anak. Tapi kitorang faham jugak, sebab owner taska pun perlukan duit untuk bayar utilities dan overhead. Gaji pekerja lagi nak kena bayar jugak kan. Waktu macam ni perlu ada win-win situation dan saling timbang rasa.
So, semalam enche Neezam ada bertanyakan dengan cikgu taska Neeyaz, berapa jumlah taska yang perlu dibayar untuk bulan April ni. Alhamdulillah... pihak taska beri diskaun 50%. Oklah... daripada tak der langsung. Aku tahu, diorang pun perlukan duit untuk survive.
Untuk transport Niesreena dan Naufal, aku decide untuk bayar penuh jer.
Aku harap pengusaha taska Neeyaz dan kakak pemandu van sekolah Niesreena dan Naufal, dipermudahkan segala urusan diorang sepanjang tempoh PKP ni. Aku tahu, diorang susah nak hadap dengan pelbagai kerenah ibu bapa yang mungkin mintak diskaun atau tak nak bayar langsung. Tapi aku percaya masing-masing ada sebab masing-masing. Ibu bapa yang tak nak bayar pun mungkin diorang ada kesempitan jugak dalam tempoh PKP ni.
Kalau tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga akhir bulan ni, anggap jer lah itu rezeki masing-masing. Apa yang terlebih dan terkurang tu kita halal halal jer lah...
No comments :
Post a Comment