♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, March 7, 2020

Family Dinner 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni, first time dapat berkumpul dengan semua adik beradik tahun ni. Kalau tak tu susahnyer lahai nak jumpa adik-adik aku. Semua sokmo busy kerja tak habis-habis.

Tu pun emak yang kuat suruh kitorang set satu tarikh untuk berkumpul. Punya susah macam adik-beradik 10 orang. Padahal kitorang tiga ketul ni jer. Huhuhu...

So, malam ni mak masak special untuk kitorang. Mak kata tak nak makan luar. Tak puas. Mak nak buat western sendiri. Makanlah puas-puas, kata mak.

Sampai kat rumah emak, tengok semua dah siap perap, dah siap potong. Aku dan adik-adik tinggal nak prepare - masak je.

Makanan semua sedap-sedap. Ambik gambar makanan jer. Gambar orang lupa nak ambik. Huhu...

Star of the day! Sedap giler mak perap kambing. Lembut plak tu.

Fish & chips pun ada.

Sedap sangat!

Kembar duorang ni... dah puas makan buat konsert plak.

Alhamdulillah... semua orang happy. Yang penting, emak dan abah yang paling happy walaupun rumah bising giler dengan cucu lima orang ni. Kalau ada lagi duorang mesti lagi gamat. Insya Allah... ada rezeki, ada jodoh, kiter berkumpul lagi.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top