♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, May 13, 2020

Iftar is served

#pkp #mco #day1p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Hari ni bermulalah PKP fasa ke 5 yang telah dilanjutkan bukan 2 minggu lagi, tapi 4 minggu lagi. Huhu... lamanya... Walaupun kadar kes dan kematian di Malaysia dah semakin berkurangan, tapi masih ada lagi wabak di luar sana.

Raya tahun ni memang giliran beraya di Kajang. Harap-harapnya lepaslah dari Sepang nak ke Kajang beberapa hari sebelum raya nanti. Kalau tak... terpaksalah beraya di rumah sendiri jer. Huhuhu...

Kitorang pernah beraya di rumah sendiri dulu masa kat Melbourne. Tapi masa tu ramai kengkawan Malaysia lain yang tak balik Malaysia untuk beraya. Kitorang siap tempah hall untuk sama-sama sambut hari raya pertama. Meriah betul! 

Tapi di Malaysia lain... kalau tak dapat balik beraya dengan keluarga, rasa sayu lain macam. Huhu... Lebih-lebih lagi kalau tengok adik-adik semua dapat berkumpul dengan emak abah. Tetiba kiter jer tak boleh nak ada bersama-sama. Memang sedih!

Hmmm... harap-harap lepaslah nak balik Kajang nanti. Ameen...

So, hari ni aku perlu ke office lagi untuk bekerja. Kitorang kena rotating ke office dan macam department aku - 2 hari wfh, 2 hari kena gi office dan setiap hari Jumaat ialah non-paid leave - wajib untuk semua staff. Bulan ni 5 hari company buat npl. Sedih gak kena potong gaji. Tapi nak buat macam mana? Ni lah yang boleh kitorang buat untuk tolong company survive.

So, bulan puasa ni, aku masuk kerja pukul 8.30 pagi dan balik pukul 4.15 petang. Alhamdulillah... macam semalam, jalan tak jem langsung pergi dan balik. Cuma ada pertambahan kenderaan berbanding semalam. Mungkin sebab dah semakin ramai orang yang keluar bekerja.

Enche Neezam masih lagi bekerja dari rumah. So, hari ni enche Neezam masuk dapur sediakan juadah berbuka. Aku sampai rumah pukul 5 petang tengok dapur dah bersih dah. Dah siap masak.

Neeyaz kemain seronok tengok aku balik kerja. Macam rindu sangat. Huhuhu... Nasib baik hari ni dia tak menangis macam semalam. Alhamdulillah...

Aku lepas mandi dan solat, terus tertidur. Giler! Macam penat sangat. Enche Neezam kejut pukul 7. Tengok makanan dah tersedia atas meja. Huhuhu... Sorrylah... tak tolong.







No comments :

back to top