♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 15, 2020

His vs Mine

#pkp #mco #day3p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Setelah sekian lama, hari ni barulah berani keluar dating dengan enche Neezam. Hahahah... datinglah sangat! Kitorang keluar cari barang jer - berdua. Anak-anak semua tinggal kat rumah.

Yang kelakarnya, aku nak cari barang-barang bertukang manakala enche Neezam pulak nak cari barang-barang baking. Huhuhu... dah terbalik dah kitorang ni. Dah kenapa???!!!

Aku pun tak paham. Huhuhu... Sebab tu lah Allah made us for each other... untuk saling melengkapi... gitewwwwww...

Alhamdulillah... masing-masing dapat jumpa barang-barang yang dihajati.

Termasuklah satay Willy. Yey! Dah lama teringin nak makan satay. Akhirnya dapat jugak!

So, dah ada satay, aku masak senang-senang jer lah. Buat bihun soto apa nan hado jer.

Enche Neezam pulak buat sosej rolls dan jemput-jemput soya. Sedap tau jemput-jemput... macam vadeh.

Pastu supplier buah hantar rambutan pulak hari ni. Arrrgghhhh... my favorite! Kupas semuanya siap-siap. Semua sukalah sangat. Senang, dah kupas tak lah bersepah-sepah kulit rambutan.



Alhamdulillah... rezeki Allah bagi hari ni dan dipermudahkan semua urusan cari barang tadi. Lepas ni nak cari masa nak mula bertukang pulak. Enche Neezam pun dah semangat sangat tu nak mula baking. Nak buat kuih raya katanya.... Tengok jer lah apa yang jadi nanti.

1 comment :

Acuyuhan said...

SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top