♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 8, 2020

Kek sarang semut ollallaaaaa!

#pkp #mco #day10p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Dah beberapa hari mintak enche Neezam buat kek sarang semut. Baru hari ni dia tunaikan. Aku memang yakin enche Neezam boleh buat, sebab tu aku mintak dia buatkan. Sebab aku pernah buat pada suatu ketika dahulu... long long time ago, back in Melbourne... tapi tak jadi sarangnya... Lepas tu, tak pernah nak buat lagi. Huhuhu...

Aku tengok enche Neezam semenjak PKP ni semangat lain macam nak membaking, so aku mintaklah kek sarang semut ni. 

Alhamdulilllah... walaupun pertama kali buat, menjadi! I is jeles! Huhuhuuhu... tapi bersyukurlah... dapat gak aku makan kek sarang semut yang bersarang-sarang dan gebu gebas. Rasanya pun sedap! Berkaramel dan tak manis sangat. Just perfect!

Aku pulak buat roti jala jer hari ni dengan kuah kari daging. Masak nasi jugaklah. Naufal dan Niesreena mesti nak makan nasi.




Alhamdulillah rezeki Allah bagi hari ni.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top