♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 3, 2020

Farm Fresh in da haus

#pkp #mco #day5p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 10

Hari ni enche Neezam ambil alih dapur. Dia tak kasi aku masuk dapur langsung. Oklah... alhamdulillah... bolehlah rehat. Huhuhu...

Hari ni enche Neezam masak sup ayam dan kuih bakar. Menjadi kuih bakar enche Neezam walaupun baru first time cuba buat.

Dasyat betul air tangan enche Neezam. Masak apa jer mesti menjadi. Alhamdulillah...

Hari ni jugak dapat stok farm fresh. Order beberapa hari lepas dan dapat hari ni. Cepat jugak dapat.

Bila ada stok banyak-banyak macam ni, kena catu dan tulis nama atas kotak masing-masing. Tak der bergaduh saper dapat lebih, saper minum kurang. Saper yang habis awal, nasiblah tengok orang punya yang masih ada simpan stok lagi. Bila buat macam ni, baru pandai diorang nak simpan dan sayang stok. Huhuhu...



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top