♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 17, 2020

Melemang dan merendang

#pkp #mco #day5p5

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Enche Neezam masuk dapur dari pagi sehinggalah nak masuk waktu berbuka. Aku tengok pun takut. Satu persatu menu dia buat.

Memula enche Neezam buat cornflakes cookies, pastu lemang pulak, jap tu puding roti pulak, pastu rendang ayam dan kuah kacang pulak! Lengkap! Dari appetizers sampai ke desert. Sebelum berbuka tadi enche Neezam buat air jagung pulak. Pergghhh...

Aku? Dok sibuk bertukang lagi. Huhuhu...

Enche Neezam cuba-cuba jer buat lemang. Dah tu banyak kali resepi dok lalu lalang kat fb wall dia katanya. So, dia cubalah. Nampak senang jer. 

Lemang moden... tak pakai buluh... tak bakar... kukus jer dalam cawan kertas. Oklah... not bad. Ada rasa lemang jugak.

Enche Neezam masak rendang ayam dan sambal kacang untuk dimakan bersama lemang. Dah macam raya dah rasanya. Huhu...


Dari semalam jugak enche Neezam dah mula buat projek kuih raya. Tu yang busy bebenau tu. Semalam enche Neezam buat choc chips cookies dan hari ni pulak buat cornflahes cookies. Aku tak tau lah enche Neezam ni tangan dia macam mana. Dia buat mesti jadi. Aku kalau bab baking memang fail. Tapi enche Neezam, walaupun first time buat, mesti menjadi. Jeles gak. Tapi alhamdulillah... ada gak sorang buat menjadi kan. Kalau dua-dua tangan tak menjadi, lagilah hampeh! Huhuhu...


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top