♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, May 10, 2020

Merai tetamu

#pkp #mco #day12p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Seronoknya bila ada tetamu! 

Hari ni masak special sikit untuk ayah Chik dan mak Ezza yang datang berbuka di rumah. Aku masak nasi komok atau nasi beriani Thai dengan ayam goreng komok serta sup daging ala Thai. Enche Neezam pulak masak mi goreng dan sediakan cendolsssss.

Ezza dan adik datang bawak burned cheese cake dan roti john air tangan memasing. Sedap! Semoga murah rezeki diorang. Korang kalau nak order burned cheese cake ni, bolehlah singgah ke ig @bakewithezza. Ada banyak lagi pemanis mulut yang dijual. Harga berpatutan. Free delivery area bangi.

Alhamdulillah banyak rezeki hari ni. Seronok betul berborak. Rasa macam dah lama betul tak jumpa orang. Huhuhu...

Lama betul PKP ni. Tak sabar nak tunggu ia berakhir. Dah rasa rindu sangat dengan emak abah. Harap-harap raya ni, dapatlah berkumpul bersama-sama.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top