♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, May 4, 2020

Rezeki orang bagi

#pkp #mco #day6p4

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

#iftar day 11

Baru nak masak tadi, enche Neezam kata Bob Gadang nak hantar sedekah nasi lemak. 

Ya Allah... Alhamdulillah...

Kitorang memang suka nasi lemak Bob Gadang. Sedap!

Reena pulak request nak makan mi segera goreng. Dah lama tak makan katanya. 

So, aku masak super simple hari ni - ikan celup tepung, sayur bendi goreng dan mi segera goreng je.

Enche Neezam pulak busy buat buah Melaka pelbagai warna. Ceria seceria orang yang membuatnya. Huhuhu...

Lepas maghrib tadi ada orang hantar bubur lambuk pulak. Bubur lambuk terkenal Kampung Baru pulak tu. Memang dah lama teringin nak makan bubur lambuk. Nak buat... malas... sebab kalau buat jadi banyak. Nak makannya sikit jer.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Semoga dimurahkan rezeki semua.



Malam ni dah masuk 12 Ramadhan. Bersyukur Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk solat tarawih bersama-sama keluarga setiap malam. Niesreena dan Naufal pun tahan solat 15 rakaat tiap-tiap malam - isyak, tarawih dan witir. Kadang-kadang enche Neezam selitkan sedikit tazkirah.

Sepanjang kitorang solat pun, Neeyaz pandai bawak haluan sendiri. Main jer... kadang tengok handphone. Kalau ikut solat pun, tahanlah 1 rakaat jer. Huhuhu...



Alhamdulillah... Semoga terus istiqomah sehingga terakhir Ramadhan. Insya Allah... 

No comments :

back to top