♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, November 10, 2014

Mencari semangat yang hilang...

Lama tak update blog...

Last week, Isnin, masuk November, bulan baru, minggu baru, semangat baru! Azam baru! **Azam aku baru tiap-tiap bulan! Bukan tiap-tiap tahun jer... Huhuhu...*** hati berkobar-kobar, bersemangat nak gi kerja!

Tup tup... pukul 8.05 pagi, kereta aku kena hentam dengan motor yang ntah datang dari mana. Frustnya rasaaaaa... Terus rasa down sangat-sangat! Lebih-lebih lagi bila pemandu motor tu cepat-cepat lari, walaupun aku rasa motor dia pun mesti rosak teruk. Frust bila tengok bumper kereta comel aku berlubang!

Kenapa aku?!

Waaaaa... serius rasa nak nangis!

Hmmm... tapi tak nangis pun. Alhamdulillah... aku still boleh calm down dan perlahan-lahan bergerak ke tempat yang lebih selamat dengan bumper kereta yang bergesel dengan tayar. Nasib baik ada kedai tayar berdekatan dan pekerja kedai tu tolong tolakkan semula bumper yang bergesel tu.

Bila buat report kat IPD Shah Alam, aku tengok ada banyak kereta yang terlibat dalam kemalangan yang parking sekitar kawasan tu. Masa tu aku rasa sangat bersyukur, sebab hanya bumper jer yang rosak. Tak macam kereta-kereta yang lain tu, jauh lebih teruk!

Apapun, lepas kejadian daripada rasa bersemangat dan berkobar-kobar, terus mood jatuh merundum! Macam tak der mood dan malassss sangat!

Kat office malas... kat rumah pun malas!!!<

Nak online dan update blog pun malas!

Bila kena hentam hari tu, aku dok fikir, "Naperlah diorang ni????" Ye lah... tahun ni jer, eh bukan, sepanjang aku bawak kereta dah beberapa tahun ni, 2 kali aku terlibat dengan kemalangan. Dua-dua orang yang langgar dan dua-dua kena tahun ni. Kesian kereta aku... huhu... Sadis sungguh!

Apa-apapun life must goes on. Sampai bila nak mood swing ye tak?

Hari ni! Cari semangat baru! Betulkan apa yang salah! Siapkan apa yang tergendala! Masak banyak-banyak! Hehehehe...

Semangat!

No comments :

back to top