♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, November 20, 2019

Neeyaz senang makan ubat... jangan tak tau...

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Sejak akhir-akhir ni kat siku Neeyaz macam ada infection - gatal-gatal. Dari naik sebijik dua... berjangkit-jangkit jadi banyak pulak.

Kesian Neeyaz asyik menggaru sampai luka. Bila dah menggaru, nanti tumbuh lagi yang baru.

So, lepas dinner tadi kitorang bawak Neeyaz gi check-up. Doktor ada sebut nama bendalah ni tadi, tapi aku serius lupa. Tapi doktor kata benda ni memang boleh berjangkit melalui air dekat yang tumbuh tu. Sebab tu biji-biji tu semakin merebak.

Alhamdulillah... nasib baik cepat bawak gi klinik. Kan... Neeyaz...

So, tadi doktor bagi antibiotik dan ubat gatal untuk Neeyaz. Harap-harap cepatlah Neeyaz sembuh. Kesian tengok dia menggaru je dan mengadu gatal dan sakit akibat luka.

Dan alhamdulillah... Neeyaz ni senang sangat makan ubat. Bagilah ubat pahit macam mana pun. Sedap jer tengok dia telan.

Sebab tu ubat kat rumah kena sorok betul-betul. Pantang nampak ubat budak sorang ni. Dia suka jer nak mintak. Huhuhu...

Doakan Neeyaz cepat baik yer...

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for dropping by!

back to top