♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, September 4, 2008

Chak!

Assalamualaikum wbt...

Haaaa... terkejut tak tengok tiba-tiba aku bersiaran di laman yang lain? Hahahhahaha... Well, sebenarnya aku dah lama berkira-kira untuk tukar blog tapi tak tertukar-tukar jugak sebab sayangkan sangat friendster blog aku tu sebab dah 5 tahun aku berblog dengan blog yang sama. Akan tetapi, setelah pagi tadi, selepas sahaja aku mengupdate blog aku itew, tetiba template blog aku tu jadi rupa ni...

~Blog aku yang tiba-tiba bertukar rupa~

~How I expected to appear... As usual...~

Aaaaarrrrggghhhh!!! Rasa nak menjerit tau! Hilang sabar rasanya. Manalah aku tak naik angin. Tiga tahun yang lepas pun aku problem jugak dengan friendster's blog ni. Kali ni jadi lagi! Masa tiga tahun yang lepas tu, tetiba jer post-post aku selama 2 tahun hilang. Habis semua kenangan-kenangan tengah kemaruk bercinta masa tu. Huhuhu... Tapi disebabkan sayang sangat dengan friendster, so aku tetap setia, tetap menulis kat blog friendster. Sehinggalah ke hari ini! Aku sudah berpatah arang! Boleh blah lah friendster! Eeeeeee... geram!

Apasallah blog friendster ni tetiba plak tukar template? Puas aku cari template yang lama tapi tak jumpa gaks dan aku rasa memang tak kan berjumpa yang lama sebab friendster dah upgrade diorang punya blogs. Suka-sukati diorang jer. Bukan setakat template ditukar, habis semua widget aku pun padam! Ayooooo... aku jugak yang tensi. Tensi! Tensi! Sabar... sabar... aku puasa hari ni...

Akhirnya, hari ni, mencatat sejarah yang sepatutnya aku buat sekian lama yang dulu. Huhuhu... Aku bertekad untuk berpindah blog jugak akhirnya... Selamat tinggal blog friendster ku... Aaaaa... cedih... Banyak kenangan-kenangan aku tertulis kat situ, expecially kenangan masa mengandungkan Niesreena. Apa-apa pun aku berazam untuk import semua post-post aku tu ke blog baru aku ni. Insya Allah... sedikit demi sedikit...

So, korang! Apa pendapat korang dengan blog baru aku ni? Well, aku masih mengekalkan konsep yang sama, expecially widget-widgetnya, sebab aku suka tengok setiap hari. Harap korang pun suka jugaklah yer!

Selamat datang ke blog baru aku dan selamat membaca!



*juliet le sweetheart : Harap-harap lamalah aku dapat bersemayam kat blogspot ni...


No comments :

back to top