♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, September 3, 2008

Puasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ketiga puasa dan malam keempat bertarawih. Dan alhamdulillah setakat ni puasa aku masih penuh lagi. ;p

Tahun ni adalah tahun ketiga aku berpuasa disamping suami tercinta dan bagi aku tahun ni agak ‘tough’ bagi aku untuk menyediakan setiap juadah berbuka dan lebih-lebih lagi juadah bersahur. Mana taknya, tahun ni aku dan hubby berada jauh dari Malaysia, jauh di perantauan… Setiap juadah perlu aku sediakan sendiri, dari main course ke dessert. Cewah!!! Macam banyak jer makanan setiap kali makan ek? Hehehehe… tak lah banyak pun… tapi dah jadi kebiasaan bulan puasa setiap tahun mesti ada makanan berat dan juadah ringan macam kuih-muih ka, bubur ka, etc lah… Lagipun Neezam kuat makan… Hehehhe… Ampun yer bang… Kalau kat Malaysia, senang… gi jer pasar Ramadhan, macam-macam jenis kuih ada. Tapi kalau dah kat sini… terpaksalah bikin sendiri… *1 Ramadhan : donut (beli kat Krispy Kream jer); 2 Ramadhan : bubur pulut hitam dan karipap; 3 Ramadhan : karipap lagi!; Bosan tol! esok lusa apa pulak ek? no idea… yet…*

Waktu bersahur, biasanya makan lauk berbuka malam sebelumnya tu ajer. Tapi lauk pembuka selera aku bersahur ialah sambal tumis kering… Yum yum… bila ada sambal tumis barulah aku berselera sikit nak makan. Kalau ada yang mak buat lagi best! Tapi dah jauh gini memang sahlah tak der, terpaksa buat sendiri. Dan untuk Neezam pulak, telur goreng dengan bawang campur kicap. All time favourite Neezam…

~Sambal tumis kering istimewa ler!~

~Neezam's favourite~

Inilah pengalaman pertama bagi aku menyambut bulan Ramadhan kat sini sebab tahun lepas kitorang balik berpuasa dan raya di Malaysia. Memang terasalah perbezaannya, lebih-lebih lagi dari segi pembaziran. Kalau kat Malaysia, tak payah citerlah, macam biasa… gi pasar Ramadhan… habis sepuluh, doploh hengget setiap hari tapi makanan yang dibeli belum tentu sedap, dah tu kadang-kadang tak terhabis nak makan. Rugi... Rugi... Berbanding kat sini, semuanya home made, buat sikit-sikit, dan insya Allah gerenti habis. Jimat duit… jimat banyak duit!!!

Setakat ni aku masih tak berkesempatan nak gi berbuka kat surau LTU. Ramai kengkawan yang gi berbuka kat sana. Di samping dapat merapatkan lagi ukhwah dan silraturahim, bertadarus dan bertarawih bersama, diorang dapat jugak merasa masakan daripada saudara-saudara negara lain; Somalia, Iran, Iraq, Bagladesh, etc… Mesti bestkan! Dan best lagi, tak payah susah-susah nak fikir nak masak apa! Hmmmm… setakat ni rasa macam susah jer nak gi berbuka dan bertarawih kat sana, sebab takut tak terjaga pulak Niesreena nanti. So, setiap malam aku bertarawih berdua jer dengan Neezam kat rumah… Insya Allah kalau ada rezeki nanti nak gak gi…

Well, tahun lepas, tahun kedua aku berpuasa dengan Neezam dan masa tu kitorang balik berpuasa kat Malaysia. Setiap dua minggu akan berulang-alik dari KL, rumah mak abah aku, dan Segamat, rumah mak ayah Neezam. Kalau kat rumah famili aku, waktu bersahur aku akan bangun bila dengar mak kelentang-kelentung kat dapur. Biasanya mak akan suruh aku buat air panas jer, sementara mak siapkan semua lauk pauk. Bila kat rumah mertua, hmmmm… pun sama… aku tunggu mak mertua aku bangun, baru aku bangun. Hehehehe… Patutnya aku bangun dulu sebelum MIL aku kan? Tapi aku takut bising wat kerja kat dapur sebab bilik tidur MIL sebelah dapur. Hahahaha… alasan…

Bila waktu berbuka, PIL rajin bawak kitorang pusing-pusing pekan Segamat cari bazar Ramadhan. Paling kurang setiap hari mesti gi 3, 4 bazar. Giler rambang tengok makanan! Giler habis duit membeli makanan! Hehehhe… Tapi adik-adik Neezam dan Neezam kuat makan. Beli makanan sebanyak manapun mesti habis, kalau beli sikit lagilah liciiiinnnn… Suka tengok diorang makan…

Teringat masa kat UTM dulu, sepanjang pengajian aku kat sana aku duduk asrama, KTF tersayang, tak pernah duduk rumah sewa. So, bersahur dan berbuka mesti kumpul satu bilik ramai-ramai. Boleh dikatakan satu aras dok kumpul makan dalam satu bilik. Bila bangun sahur, 5, 6 kali ketuk pintu bilik kawan-kawan, make sure diorang bangun bersahur. Masa awal-awal berpuasa semua excited, bila dah masuk belas-belas hari berpuasa, semua dah tak larat nak bangun. Bila waktu berbuka paling best! Banyak giler makanan sebab semua membeli, membelah dan melantax! Hehhehe… rindunya kat kengkawanku!

Masa tengah hangat bercinta dulu, masa zaman muda-muda dolulah, aku dan mr. ’superman’ selalu keluar berbuka kat luar. Biasanya kitorang gi kat Payung. Dah makan, cepat-cepat balik asrama masing-masing sebab nak solat maghrib. Lepas solat tarawih mesti keluar balik, gi cari makanan lagi… Konon… Kengkadang tu gi ronda-ronda JB tengok lampu jer… Hehehhehe… Masa tu masing-masing tengah gatal mengenyam, tengah kemaruk bercintan cintun kan. Tak jumpa sejam tak boleh hidup rasanya… Actually sampai sekarang pun aku masih kemaruk kat mr. ’superman’ itew… Hehehhe… Tapi masa tu kitorang tak pernah keluar bersahur sama-sama, macam kengkawan yang lain. ;p Kitorang tidaklah sekemaruk itew yer… Hehehhe…

Oooiiittt… terpanjang plak post aku kali ni. Mesti korang malas nak baca. Tapi bagi yang rajin membaca tu, timaseh banyaklah yer. Ada jugak orang menghargai tulisan aku ini. Huhuhuhu… sungguh terharu… K stop mengarut sampai sini… Until next time! Chow!



*juliet le sweetheart : sedapnya kalau dapat air katira sejuk waktu berbuka...


4 comments :

- H E D A - said...

tul la julie..teringt masa kite berbuka & sahur masa kt H11 KTF kn..bestnya kenangan dgn ko…

Mas said...

jgn risa jlie…tlis panjang2 lagi bags…ska la baca blog awak…

Niewa said...

jgn risa jlie…tlis panjang2 lagi bags…ska la baca blog awak…

Juliet Le Sweetheart said...

Heda, tu lah... masa tu satu aras sumer best; Malin, kak Shida, Naimah, Mas, Sal, saper lagi ek? Meriah!

Mas & Wanie; tq sebab tersuka kat blog nih... hehhehe...

back to top