♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, March 5, 2010

Dora lagi!

Niesreena sangat gumbira sebab koleksi Dora the Explora Niesreena bertambah lagi!

Kali ni mama Niesreena belikan Niesreena berus gigi elektronik. Niesreena sangat suka dapat berus gigi tu. Serius! Tengoklah muka dia...

Tapi yang Niesreena tak tau... yang berus gigi tu bukan lah berus gigi biasa seperti hari-hari Niesreena pakai tu. Berus gigi Dora Niesreena yang baru tu ialah berus gigi bergegarrrrrr! Bila aku tekan button on kat berus gigi tu, Niesreena jerit, "wow mama. Berus gigi bergerak. Niena nak! Niena nak!". Hmmmm... tak sabar sangat nak guna berus gigi baru!

Macam biasa, Niesreena nak letak sendiri ubat gigi Dora ke berus gigi. Niesreena memang pandai letak ubat gigi sendiri. Sikit jer Niesreena letak. Bagussss... tak membazir... ;p

Konon excited nak guna berus gigi baru.

Tapi bila aku on kan suis berus gigi tu dan Niesreena masukkan dalam mulut dia, haaaaa...

terperanjat!

Hmmmm... pastu apa lagi... offkan suis dia. Tapi Niesreena still nak guna berus gigi barunya tu tapi... guna tanpa onkan suisnya lah. Apa lagi... hehehehhe...

Tak per lah... janji, Niesreena rajin berus gigi!

Tengok! Gigi Niesreena dah putih dan bersih!

Tadaaaaaaa!!!


14 comments :

Salwa said...

hehehe, canggih berus gigi riena. kalah auntie nih. hehehe

Anonymous said...

Dah besar dah nisreena ni ..:P..

Neezam said...

adoii...pasni reena dan dora memang tak boleh dipisahkan..inseparable.. ;p

Asra said...

tp yg bagusnya riena ni x pandai meminta! good girl!!!!

Juliet Le Sweetheart said...

yup! niesreena memang tak pandai nak mintak itu ini... nasib baik :)

MaLyN said...

c o m e l !

Nita said...

good girl..adamnye berus gigi versi elektrik patah dek salu sangat nak gosok gigi :(

Juliet Le Sweetheart said...

waaaah! patutlah gigi adam putih berseri dan bersinar-sinar... rajin sangat gosok gigi rupanya... bagus! bagus! :)

Neezam said...

takpa nita, nanti boleh pi garage sales, atau trash and treasure, cari berus gigi 2nd hand..hahaha, kalo sanggup pakai laaaaa....;p

Neezam said...

asra: betul2, tapi masalahnya mama dia yang 'suka member' tanpa dipinta! ;p

Asra said...

HAHAHHA.... itu standard bg "ibu" mcm kami! anak relax, mak2 yg lebih2.. hihihkkk... ni tgh bkira2 nk tmbh koleksi botol marissa yg dh naik 2 angka tu! ;)

Juliet Le Sweetheart said...

hehehhe... selagi termampu tu apa salahnya bagi kan... ;p

Asra said...

btul2!!! :)

normi said...

salam. nak tanya, beli mana berus gigi tu? ebay ke?

back to top