Penat betul hari ni. Seharian berjalan. Hari dah gelap baru balik. Budak-budak pun dah selamat tidur sejak dari perjalanan balik tadi.
Sebenarnya kitorang bukan kemana sangat pun hari ni. Just jalan dekat-dekat jer.
Pagi tadi gi Northland. Shopping theraphy. Suka! ") Hehehehehe... Maklumlah... duit kpt dah masuk *wink* Bukan shopping apa pun. Just shopping baju-baju untuk Niesreena dan baby Naufal. Dapatlah sorang 3-4 pasang. Niesreena seronok sangat sebab selain blouse Dora, Niesreena dapat jugak vcd Dora the Explorer yang diidam-idamkan. Blouse tu Niesreena pilih sendiri. Beriya-iya nak juga blouse Dora tu. Nasib baik cantik. Hmmmm... harga pun 'cantik'. Pandai betul puteri mama ni pilih. Yang vcd tu plak, Niesreena dah 'order' kat aku vcd Dora the Explorer tu sejak 2, 3 hari lepas lagi. Niesreena tunjuk kat aku katalog Target. "Mama, Niena nak 'ek Lola' *read: Dora the Explorer* yang ini. Ada nyanyi ni". Sambil tunjuk kat aku vcd gambar Dora kat dalam katalog tu. Dan Niesreena seronok sangat bila aku kata aku akan belikan. So, hari ni lepaslah jugak hajat aku untuk dapatkan Niesreena vcd siri 'Big Sister Dora'. Niesreena suka sangat. Siap cakap, "Dora pun ada baby macam Nofal". :)
Lepas lunch, kitorang ke rumah Thomastown plak. Nak tengok bunga matahari yang sedang kembang! Terkejut giler aku tengok pokok bunga matahari kak Gee ni. Punyerlah besar!!! Memang tak sangka sangat sebesar itew! Sungguh jakun terkejut aku jadinyer... Hehehehhe...
Kata kak Gee, bila pokok bunga matahari tu dah kering, yang tengahnya tu jadi kuaci. Selain pokok-pokok bunga matahari, ada macam-macam tanaman lagi kat belakang rumah kak Gee dan encik Din ni. Ada...
... tomato...
dan banyak lagi. Tapi yang best...
Lebat sangat buah-buah anggur dia! Teringat plak masa kitorang duduk kat #185, Albert Street dulu. Banyak gak buah-buahan kat backyard. Ada olive, kiwi, pisang kaki dan banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran lain. Tapi bukan aku ler yang tanam. Tuan rumah yang tanam. Kalau harapkan aku, tak hidup ler pokok-pokok tu. Bak kata orang... tangan tak sejuk. ;p
Merepek dah...
Ok... ok... berbalik pada aktiviti kitorang sepanjang hari ni.
Lepas puas tangkap-tangkap gambar, makan-makan *mee rebus kak Gee yang sedap!*, borak-borak... kitorang ke destinasi terakhir plak. Ke rumah Isma dan Hairil. Sajer lepak-lepak dan yang penting... nak collect my Tefal. Weeeheeee!!! Seronoknyer. Diorang jumpa set Tefal idamanku itew dengan harga yang giler murah kat Target! Tqlah korang!
Conclusionnya... hari ni memang best! Semua orang dapat masing-masing punyer barang. Niesreena dengan 'ek Lola' dia, Naufal dengan beberapa pasang baju polo, aku dapat Tefal (^^) dan enche Neezam.... eh... enche Neezam dapat aper yer... hmmmmm...
Oooooo... ye... enche Neezam dapat satu vcd wii 'fat' plus. Hehehehehe... Sonot! Sonot! Next shopping?! Tungguuuuuuuu...
*juliet le sweetheart : ♥ shopping!
No comments :
Post a Comment