Ada satu masa dulu, minat sangat dengan sudoku. Giler giler minat... Bukan setakat main sudoku online *favorite sudoku's web @ http://www.websudoku.com/ *, tapi siap beli buku lagi; 'Carol Voderman's How to do Sudoku' & 'Supersize Sudoku'. Memang best! Dan sekarang pun aku masih minat lagi bersudoku. Cuma buku-buku sudoku aku tu dah lama tak berusik. Macam malas jer nak main benda-benda yang kena pakai otak ni @ berpikir! ;p
Buku-buku sudoku ku yang dah lama tersimpan. Ada sesaper berminat nak pinjam?
Tapi sekarang minat aku telah beralih kepada... jeng jeng jeng...
Rubik cube!
Sangat minat! Tapi aku pandai main yang 3 x 3 jer. Kalau yang lebih besar tu kalau berpeluang nak belajar jugak!
Sebenarnya minat berubik cube ni dah lama. Tapi selalunya siap satu bahagian warna jer. Pastu bila cuba buat bahagian warna yang lain, bahagian warna yang dah siap tu mesti bersepah balik. Hmmmm... tersangatlah hampeh. Pastu tak pernahlah siap.
Balik Malaysia hari tu, aku begitu taksub dengan kehebatan adik ipar aku menyelesaikan rubik cube. Dengan pantas!!! Aku apa lagi... ambillah kesempatan waktu itew untuk belajar. Dan alhamdulillah... aku telah berjaya menyelesaikan rubik cube! Ngeh ngeh ngeh... Seronok giler bila siap sebab tak sangka boleh dan berjaya jugak aku menyelesaikan rubik cube yang aneh dan unik itew. :)
Permainan rubik cube ni telah dicipta pada tahun 1974 oleh seorang profesor dari Hungary, Professor Erno Rubik. Rubik cube ni telah beberapa kali dianugerahkan 'The Best Puzzle of the year' dan ia juga adalah the world's best-selling toy.
Sekarang ni kiub rubik aku kat rumah ni memang dah hancus! Warna dah nak dok tanggal-tanggal dah. Mana tak nyer; aku dan enche Neezam, kalau ada masa terluang mesti nak mengasah skill, Niesreena pulak suka dok main campak-campak dan pijak-pijak jer kiub rubik tu, tapi Naulfal lah yang paling best, suka sangat jilat kiub rubik aku tu. Lencun dengan ayaq luiq dia. Naufal... Naufal...
Haaaaa... kan senang kalau rubik cube tu satu warna jer. Tak payah nak pikir kan? Ngeh ngeh ngeh...
*juliet le sweetheart : cantiknya cuaca hari ni!!!
4 comments :
ooo..patutlah ada rubik cube ni kat umah hamzah aritu..tu julie punya ke hamzah?
itu hamzah punyalah Ara. Kat rumah kami punyer dah hilang seri dah... :)
hehehe..spe sifu yg mengajar kak julie tuu..???
msti terer kn..????
huahuahua
Yeeee... sangatlah teror...
terima kasih cikgu!! :) hehhehehe
Post a Comment