Dah lima tahun rupanya sejak pulang ke Malaysia. Rasa macam baru jer... Huhuhu...
Memang rindu sangat kehidupan kat Desa Bundoora dulu. Seronok! Ramai sangat kawan. Semuanya baik-baik. Dah macam sedara. Setiap hujung minggu ada jer aktiviti - menjemput diri-sendiri, makan-makan, lepak sampai pagi, girls day out!
Tetiba tadi terjumpa semula gambar-gambar lama ni kat fb. Tak pernah masuk blog lagi. Mungkin 5 tahun lepas tak sempat nak update. Hehehehe...
Niesreena dengan Naufal pun masih cute sangat! Enche Neezam pun masih kurus... Dan aku... tetap maintain chubby! Huhuhu...
Sekarang semua kawan-kawan ni dah balik Malaysia. Tapi jarang sangat jumpa macam dulu. Semuanya dah sibuk dengan kerjaya masing-masing. Dan yang seronok, 5 tahun lepas, semua orang kat sana struggle study tapi alhamdulillah sekarang batu atas kepala masing-masing dah tak der... tapi batu lain pulak lah kot... kerja! Hehehehe...
Memang rindu sangat kat Melbourne! 4 tahun kat sana. Macam-macam cubaan dan dugaan, pahit dan manis. Tapi itu semua pengalaman yang susah nak dapat dan susah nak dilupakan. 4 tahun jugak tengok enche Neezam struggle study, ketawa, menangis, gembira, stress... Haaaiiiisssshhhh....
Bila nak duduk sana lagi enche Neezam? Bila nak bawa Naufal gi tempat lahir dia nih??? Gi lah sambung post doc plak! Boleh saya holiday panjaaaaaaaannnnnggggg... Huhuhu...
No comments :
Post a Comment