Pagi tadi Niesreena dah siap-siap untuk ke sekolah. Nasib baik aku tergerak nak check IPU. Kat Nilai betul-betul pada paras 200. Bila check kat Utusan ada pengumuman bahawa sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan ditutup hari ni. Selain Negeri Sembilan, sekolah-sekolah di Selangor, KL, Putrajaya dan Melaka jugak ditutup hari ni.
Alhamdulillah... sepanjang pergi kerja tadi, kat KLIA dah mula hujan. Kat Shah Alam pun dah mula hujan. Lebat! Alhamdulillah... Semoga hujan ni membawa rahmat dan menghapuskan asap-asap jerebu yang semakin teruk ni. Amin...
Tadi dengar kat berita, kat Riau, Indonesia dah diistiharkan darurat sebab bacaan IPU dia dah mencapai 900! Giler! Kiter yang 200 ni pun dah risau dan rimas sangat... nikan pulak hampir 1000! Boleh sesat dalam jerebu woooo....
Tu lah korang! Bakar hutan lagi!
نعوذ بالله من ذلك
Memandangkan keadaan jerebu semakin teruk, so ambiklah beberapa langkah untuk memastikan kesihatan kiter tak terjejas akibat jerebu ni.
Ingat tau!!!
Kurangkan aktiviti di luar rumah!
Pakai penutup muka!
Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih! Kalau ada air purifier lagi baik!
Basuh muka dan tangan selepas melakukan aktiviti luar!
Banyakkn minum air kosong!
Gunakan penghawa dingin ketika memandu!
Oleh kerana keadaan jerebu yang semakin teruk juga, kita dinasihatkan untuk mendapatkan topeng atau mask N95 seperti di bawah. Topeng ni lebih baik untuk menapis asap jerebu daripada surgical masak biasa yang sekeping tu.
Surgical mask atau face mask biasa tidak mampu menapis partikel halus jerebu yang berukuran sekecil 2.5 mikrometer. Ia juga tidak melekap pada muka, membolehkan udara tak bertapis masuk melalui celah atau gap antara topeng dan muka. Respirator N95 melekap pada muka, menghalang udara tercemar masuk ke dalam hidung dan mulut. Ia memaksa udara melalui penapis sebelum masuk ke hidung atau mulut.
Tapi kat mana nak cari mask N95 ni? Ada info?
Mask Naufal dari Vietnam ni ok tak?
No comments :
Post a Comment