Pagi pertama kat sini.
Ayah pagi-pagi lagi dah gerak ke bengkel. Macam biasa, kitorang tak kan kacau enche Neezam dan akan 'bawa diri' sendiri.
Lepas breakfast, of courselah Niesreena dan Naufal tak sabar nak 'serang' pool.
Ini memang aktiviti utama diorang setiap kali sampai hotel. Mesti nak cari pool!
Puas mandi pool, balik bilik dan kitorang pergi berbasikal pulak. Of course, basikal kena sewa - RM10/bike/hour. Dah lama tak berbasikal... memang best! Lebih-lebih lagi dengan cuaca yang nyaman walaupun berjerebu dan kawasan sekitar Lexis dan Grand Lexis ni memang cantik!
Ada banyak lagi aktiviti yang boleh buat kat sini iaitu:-
Children Pool Children Playground Giant Snake & Ladder Scuba Diving Fishing & Crabbing Activities KMX & Bicycle Rental Archery Range Outdoor Games Board Games Games Room Segway Obstacle Course Karaoke Room
Tapi tak semua free tau!
Petang tu enche Neezam sempat join kitorang kat pool.
Bersebelahan dengan Lexis ni, boleh gi pantai.
Puaslah bebudak ni gi main pasir!
Malam tu, lepas maghrib kitorang sempat gi pekena cucuk-cucuk... atau orang lain panggil steamboat. Dulu masa tinggal kat Sendayan, selalu lari PD semata-mata nak makan steamboat. Sekarang ni dah susah sikit - jauh. So, malam ni, enche Neezam bawak kitorang ke sini.
Fazlina steamboat, memang terbaik! Kuah sedap, variety dan harga sangat berpatutan! Dulu kitorang datang sini harganya cuma secucuk sehingget. Sekarang ni secucuk RM1.20... biasalah barang sumer dah naik harga... tapi still murahlah kan. Semua jenis cuma RM1.20 jer secucuk!
Korang kalau nak pekena cucuk-cucuk tepi pantai, aku memang suggest kat Fazlina steamboat ni. Kuah dia memang sedap! Naufal siap hirup gitu jer kuahnyer. The best cucuk-cucuk in Port Dickson!
Lori Fazlina steamboat ni dibuka kat Pantai Bagan Pinang Batu 3, depan GSV hotel.
Sampai hotel, tak sempat masuk bilik, Naufal dah pengsan. Penat sangat lah tuuuuu... Belum pukul 10!
Ayah... masuk bengkel...
No comments :
Post a Comment