♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, April 30, 2009

The day he was born

27hb April 2009; alarm handphone aku berbunyi tepat pada pukul 4.30 pagi. Sebelum bangun meninggalkan katil aku sempat usap-usap dan cium dahi Niesreena. Hari ni, Niesreena akan jadi kakak. Dah tak jadi anak tunggal mama lagi... Entah kenapa rasa macam kesian plak kat Niesreena...

Lepas mandi, aku sediakan bekal makan untuk Niesreena; speghetti bolognese, favourite Niesreena. Lepas siap semua barang-barang. Aku kejutkan hubby. Kitorang tinggalkan rumah lebih kurang pukul 6.30 pagi. Niesreena masih mamai-mamai lagi dalam kereta. Mungkin Niesreena berfikir, "nak kemanalah mama dan ayah ni pepagi buta..."

Hubby tinggalkan aku kat Northpark Hospital sementara dia gi hantar Niesreena ke rumah en. Din. Sedih nak tinggalkan Niesreena kat rumah orang. Tak tau lah macam mana keadaan Niesreena ditinggalkan kat rumah orang sebab Niesreena tak pernah berpisah dengan kitorang.

Bila dah register kat midwifery unit, midwife bawak aku ke bilik aku; bilik nombor 47. Best giler bilik kat sini, macam hotel. Siap ada 2 katil; single bed untuk patient dan double bed untuk partner. Kejap tu aku call Neezam, bagitau nombor bilik dan tanya pasal Niesreena. Neezam dah on the way dan katanya Niesreena ok jer. Leka main-main dengan anak-anak en. Din. Kebetulan anak-anak en. Din pun bangun awal pagi sebab nak ke sekolah.

Kejap tu Neezam sampai dan midwife pun mula siapkan aku untuk ke operation theater. Then doktor anaesthetist @k@ doktor bius datang melawat aku kat bilik. Dia bagitau pada aku dan Neezam apa yang akan dia lakukan. Katanya dia akan lakukan spinal. Dia terangkan serba sedikit pasal spinal pada aku dan Neezam; apa akan dia buat kat aku dan apa akan aku rasakan kesan daripada spinal ni.

Pukul 8.15 pagi, aku ditolak ke OT. Dada aku mula dub dab dub dab... Seram sejuk rasanya... Nasib baik Neezam sentiasa berada di samping aku. Kalau tak mesti lagi takut rasanya.

Bila aku dibawa masuk ke OT, Neezam tak der disamping aku sebab Neezam hanya boleh masuk bila doktor dah buat spinal kat aku. Lebih kurang 8.30 pagi, doktor Pahuja, gyne aku tiba kat OT, begitu jugak doktor bius tadi. Turut sama dalam OT tu doktor Rubi iaitu doktor baby dan sorang doktor lagi. Ish... ramai tol doktor. Tu tak termasuk midwives dalam 3 orang dan 2 orang attendent. Suhu dalam OT sangat sejuk tapi tak sesejuk OT kat HKL dulu. Punyalah sejuk. Aku mengigil-gigil sampai terketar-ketar gigi.

Masa doktor cucuk jarum untuk wat spinal, terasa sangat sakitnya. Last time aku wat epidural tak rasa sakit pun. Mungkin masa tu sebab sakit contraction nak bersalin yang aku rasakan tu lebih sakit daripada kena cucuk jarum. Lepas doktor dah wat spinal barulah Neezam masuk ke OT. Lega rasanya bila nampak muka suami tercinta.

Aku terbaring dan tawakal jer. Tak tau lah apa yang doktor-doktor tu tengah wat dengan perut aku disebalik tabir biru tu. Neezam pun mesti berdebar-debar. Neezam duduk di belah kiri kepala aku. Sentiasa memberikan kata-kata semangat dan suruh aku selawat banyak-banyak.

Kejap tu aku dengar doktor kata "here he comes!". Takbir biru atas dada aku diturunkan sedikit. Alhamdulillah! Baby Naufal dah selamat dilahirkan! Aku tak nampak baby Naufal sepenuhnya. Aku hanya nampak kakinyer ajer. Kemudian aku dengar suara baby Naufal nangis. Tapi sekejap jer... Midwife bagi baby kat Neezam. Aku tak sabar sangat nak tengok baby. Diorang kat sebalik tabir. Aku dengar Neezam mengazankan baby. Terharu rasanya...

Then Neezam bawak baby Naufal pada aku. Aku cium baby Naufal yang masih lagi berselaput dengan bendalir putih. Nampak baby Naufal terkebil-kebil cuba bukak mata. Comel sangat! Muka baby Naufal sama macam muka Niesreena dulu. Gembira sangat bila nampak baby Naufal. Alhamdulillah... Naufal sihat dan sempurna.

15 minit aku terbaring lagi sementara doktor-doktor tu jahit perut aku semula. Aku nampak diorang jahit semula perut aku kat cermin lampu. Seram jer... Tapi berani-berani jugak nak tengok.

Petang tu Neezam basuh uri dan tanam uri kat rumah en. Din. Pengalaman pertama Neezam basuh uri. Uri Niesreena dulu, mak aku yang basuh dan tanam kat KL. Dulu mak hampir termuntah sebab bersihkan uri. Nasib baik Neezam ok jer. Kata Neezam, memula tu macam seram gak sebab ramai orang kata mesti akan muntahnyer. Tapi alhamdulillah, Neezam ok jer...

Alhamdulillah... segalanya selesai dengan selamat. Baby Naufal comel sangat. Rambutnya lebat, kulitnya pun bersih. Bersyukur sangat... Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kitorang, terutamanya suami dan keluarga tersayang...



*juliet le sweetheart : letih dan ngantuk jer sepanjang hari...



3 comments :

GG said...

Tahniah, Julie n Neezam.. Naufal beza 2 hari je dgn Keisha baby Malin n Zam.. jangan lupa upload gambar Naufal byk2 nanti.. selamat berehat panjang.. hehehe

lindahpadlee said...

nanti rombongan Churchill datang lawta ek..ekoni dah keluar hospital belum?

*juliet le sweetheart said...

Aku dah seminggu keluar hospital. Nanti senang-senang datanglah Bundoora. Bleh tidur rumah aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top