♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, February 28, 2010

Malahang Playground

Hujung minggu, kitorang memang jarang ada kat rumah. Biasanya memang keluar. Lagipun tengok Niesreena dan baby Naufal dah sihat sikit. Dah tak demam. Cuma Naufal jer selsema, kadang-kadang mengalir jer hingus kat hidung dia.

~Niesreena happy jer dibawa keluar~

~Baby Naufal, biasalah... naik kereta gerenti zzzzZZZZzzzzzz...~

So, petang hari minggu yang lepas, kitorang bawa Niesreena dan Naufal ke...

Malahang playground!

First time kitorang bawa Niesreena dan baby Naufal ke sini walaupun dah berpuluh-puluh kali lalu lalang jer tempat ni. Playground ni tak jauh dari rumah kitorang. Lebih kurang 5 minit jer naik kereta; on the way ke Northland.

Playground kat sini memang best! Ada macam-macam jenis mainan dan ada jugak mainan yang 'luar biasa'! Huhuhuhu... maksud aku... kat tempat lain jarang ada mainan tu. Pastu lengkap untuk berbagai peringkat usia. Selain taman permainan, tempat ni jugak dilengkapi dengan tempat skate dan scooter. Siap ada tempat bbq lagi! Tempat ni pun bersih dan berwarna-warni! Bestlah!

Aku tak tau apa cerita atau sejarah di sebalik taman permainan ni. Tapi yang pasti nyer, tempat ni memang ramai sangat muslim datang lepak; Arabian dan Somalian. Siap kat sign dia kat gambar atas tu... ada tulis 'Ahlan wa sahlan' lagi... Nampak tak? Nampak tak?

Seriusly! Bukan Niesreena jer yang excited ke sini! Aku pun sama! Hahahhahaha...

Silalah tonton yer kengkawan...

Ni aksi baby Naufal first time main slide sorang-sorang. Sangat tak sabar. Pastu kutip kayu kat bawah slide tu. Tekalah dia nak wat per dengan kayu tu...?

video

Video bawah ni pulak, Niesreena tengah main slider. Memang best. Ni lah salah satu mainan yang ku kata tak mungkin ada di semua tempat. In fact, ni lah satu-satunya taman permainan yang aku jumpa benda ni. Enche Neezam pun dah try!

video

Baby Naufal main buaian. Baby Naufal tersangatlah happy and obviously, tersangatlah cute!!! Hahahahha...

video

Dan yang selebihnya, let's the pictures talk!

Seronok! Memang seronok dapat spend masa bersama-sama keluarga dan insan-insan tercinta. Tambah seronok lagi bila tengok diorang happy! Bahagia rasanya!

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top