Pagi yang tak berapa nak pagi sangat, enche Neezam dan Uyin kuar shopping ke Smith Street. Aku decide untuk tak ikut dan lepak kat rumah jer dengan anak-anak sebab diorang dah kepenatan sebab dah beberapa hari ni asyik keluar jer. Hahaha... Sebenarnya mama diorang yang penat. ;p
Smith Street ni terkenal dengan kedai-kedai yang jual barang direct dari kilang. Dari barangan berjenama hinggalah barangan yang tak der jenama semua ada jual kat sini dan semua kononnya direct dari kilang. So, harganya agak murahlah kat sini. Tu yang penting tu kan... Ada barangan berjenama adidas, nike, timberland, converse, pumpkin patch, keds, guess, dng dan banyak lagi lah!
Sementara diorang keluar menghabiskan duit, aku kat rumah sediakan lunch untuk diorang dan juga tetamu yang bakal tiba. Tiga orang lagi; suami, isteri dan anak. Yang suami tu officemate Uyin. Hmmmm... hari ni aku masak ayam rendang cili padi @ rendang nogori sombilan dan goreng kacang buncis jer. Masak simple jer sebab penat berjalan masih tak hilang lagi. ;p
Enche Neezam dan Uyin balik sebelum solat Jumaat. Hmmm... memang telah ku duga, enche Neezam kalau dah sampai Smith Street memang tak sah kalau tak beli. So, dapatlah aku sehelai sweater adidas dan dua pasang t-shirt nike dan converse. Ori ok! Actually baju-baju tu kira, 'bajumu, bajuku jua; bajuku, bajuku sajer'. Hahahahha... silalah pahamkan ayat aku tu... kalau tak paham gak... ada aku kesah? Nasiblah korang... ;p
Lepas enche Neezam balik dari solat Jumaat, diorang keluar ke airport plak. Gi ambik kawan Uyin yang baru sampai tu. Diorang jugak akan menginap kat teratak buruk kitorang ni.
Sesampai jer diorang kat rumah, aku jamu diorang lunch dulu. Ye lah... mesti diorang lapar. Dalam kapal terbang, walaupun ada makanan tapi bukan dapat menikmati betul-betul pun. Lagipun makanan dalam kapal terbang bukan sedap mana pun. Mahal jer lebih. Cewah... macamlah aku masak sedap sangat ek? Tapi Uyin sebagai anak jati Negeri 9 telah mengesahkan yang rendang nogori yang aku buek tu memang mantop. So, ok lah kan... luluuuussss... :)
Memandang hari dah lewat, so, nak bawak diorang jalan jauh-jauh pun macam dah lambat, so kitorang ke Northland jer petang tu. Northland lagil!!! Nasiblah korang. Nasiblah Uyin. Dah dua kali dia ke sana. Hahahahaha... Kebetulan hari ni pun Northland tutup lambat. So, blehlah lepak kat sana sampai kedai tutup.
Esok... empat lagi tetamu bakal tiba... semakin meriahlah rumah kitorang ni... semeriah ikan sardin dalam tin. Hahahaha...
No comments :
Post a Comment