♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Wednesday, February 17, 2010

[Day One] Uyin sampai

Minggu ni merupakan minggu bz kitorang sebab.... ramai kengkawan dari Malaysia nak datang bertandang kat rumah. Lapan orang kesemuanya! Tapi semua datang berperingkat-peringkat dan semua akan menginap kat teratak buruk kitorang ni.

Memula enche Neezam rancang nak tumpangkan sesetengah dari diorang kat rumah kengkawan terdekat kat sini, tapi diorang tak nak. Diorang nak berkumpul reramai dan rela tidur kat ruang tamu. So, oklah! Seronok jugak... sekali sekala berkumpul reramai kan...

Tengahari tadi Uyin, classmate enche Neezam masa wat degree kat UTM dulu, sampai. Kitorang gi ambik Uyin kat Melbourne Airport. Uyin datang sorang jer. Dia naik Air Asia. Tambang RM900++ jer pergi balik. Murah betul!

Sampai jer, kitorang bawak Uyin gi lunch kat Nandos Bundoora Square. Makan nandos? Boleh? Hehehhehe... Sian Uyin... datang jauh-jauh, kitorang bawak gi Nandos plak. Macamlah kat M'sia tak der ek? ;p Actually sebab aku tak sempat masak hari ni sebab pagi tu gi pasar dulu. So, memnandoslah kitorang...

Lepas lunch kitorang balik rumah dulu, untuk solat dan petangnya kitorang bawak Uyin pusing-pusing kat La Trobe Uni. Sempat jugak bawak Uyin gi tengok kengkawan kat sini main badminton kat SARA dan main bola sepak kat padang kat rumah ni. Uyin terkejut tengok cuaca kat sini sebab pukul 8.30 malam tapi cuaca masih terang benderang lagi. Cuaca pun cantik hari ni. Cerah dan sekali sekala windy. Tak lah panas sangat! Best! :)

~Uyin dan Niesreena tengok itik kat tepi sungai kat La Trobe Uni~

~Niesreena kat Agora~

Malamnya, kitorang bawak Uyin gi mamak. Boleh? Hahahhaha... Mamaklah pulak! Memula rancang nak bawak Uyin gi pekena steak. Tapi memandangkan cik Uyin tengah menjaga diet sebab nak kahwin, so terpaksalah gi mamak jer. So, leh makan yang light sikit. Famili Nita dan famili Asra pun join.

Kitorang gi makan kat 'Paradise on tray' kat Coburg. Ni kali kedua aku gi. First time gi dulu nampak cam best. Makanan pun boleh tahan sedaplah. Siap dapat gulab jamun free lagi. Tu yang bawak diorang ke sana lagi tu. Tapi kali ni layanan memang macam hampeh. Hampeh sesangat! Roti nan tak der gravy! Bila minta curry gravy, waiter *actually, dialah penyambut tetamu, dialah ambik order, dialah tukang masak, dialah yang serve, dialah casher, dialah tukang bersih!* tu kata "no more gravy because we got party this morning. So, finished... but we got chicken curry". Patut tak patut... bagi jer lah kuah kari ayam tu sikit. Dah patut nan tu ada kuah dia kan... Adoi... terserlah betul auta dia. Pastu yang buat aku geram lagi. Kitorang tengah makan lagi, sambil borak-boraklah kan... dia boleh angkat pinggan-pinggan kitorang... dah nak kemas... nasib baik dah siap makan. Tapi bila dia angkat cawan yang masih ada separuh lagi air yang masih belum habis, aku pun cakap ler, kitorang tak habis lagi. Lagipun Hamzah dan Fiza baru jer sampai. Dia bleh kata, "our kichen is closed". Aloooo... baru pukul 10 lebih ok! Kat pintu dan kat menu tulis closed till midnight, 12am. Ni belum jejak 11 ko dah nak tutup. Pastu dia boleh cakap ada hari-hari yang dia tutup pukul 11pm, ada hari-hari yang tutup pukul 12am. Then aku cakaplah yang kat menu tak tulis macam tu pun. Just tulis closed 12am jer. Tak tulis pun hari-hari apa pun. Pastu dia boleh cakap apa tau?! Ni paling tak tahan lah ni... dia kata... "It's in our new menu". Boleh?! Auta! Auta! Auta!

Tak habis kat situ... ada lagi... bila aku bayar, dia kata aud$79.50. Then aku ulur aud$100. Dia pulang aud$20. Aku blank! Aku bodoh ke? Dia yang bodoh? Bukan patutnyer baki aud$20.50 ker? Aku tanya balik, "how much?" Dia tetap cakap "seventy nine, fifthy". Pastu aku bagitaulah dia pulangkan aku doploh dollah jer. Dia boleh kata, "round up then it's eighty! *aud$80*". Dengan kepala-kepala dia tergeleng-geleng *geleng ke? bukan geleng, tapi macam kepala anak patung kucing yang lekat kat dashboard kereta, bila kereta gerak, dia macam terkonteng-konteng... eh betul ke? eh apa aku mengarut ni... ha lantaklah... korang paham tak? Adusss... aku yang pening!* Kepala hotak dia kan... lima posen tu ko bundarkan. Patut kalau aud$79.95 pun dia kena pulangkan aku punyer lima sen tau. Ni lima posen! Pastu Asra dan Nita kat belakang aku marah-marah ler dia.. "how come?! bla... bla.. bla..." Hahahhaha... padan muka dia... baru dia pulangkan lima posen ku. Huhuhu... Lima posen pun nak gaduh kan? Ada aku kesah... lima posen aku!

Eh... apa aku mengarut... dah menyimpang citer lain plak. Ok... balik semula pada kesah Uyin datang ni. Eh tapi... aku memang tak recomendlah kat kengkawan kalau nak makan kat sana. Memang tersangatlah hampeh. Aku pun tak nak jejak kat sana lagi. So, conclusion of the story, jangan makan kat 'Paradise on Tray'! Bismi lagi best!!!

Insiden itu mengakhiri hari pertama Uyin kat bumi kanggaroo ni. Hahahaha... balik terus Uyin tidur. Lebih 24 jam dia tak tidur hari ni. Dalam flight, Uyin kata dia tak leh tidur sebab orang sebelah dia berdengkur macam gajah. Pastu dia layan buku cerita apa ntah aku dah lupa tajuk dia. Siap nangis lagi dalam kapal terbang sebab citer tu sedih. Kalau orang perasan dia nangis waktu tu mesti orang ingat dia nangis sebab sedih tinggalkan Malaysia. Huhuhu...

1 comment :

Intan said...

hihi..gambo backside tu...tak tahan...hahahhaahahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top