Oooooppppssss... bukan aku yer... my name is not Khan. ;p
Actually, hari ni aku telah meninggalkan suami tercintaku, siapa lagi kalau bukan enche Neezam bersama-sama hero keciknya, siapa lagi kalau bukan the cutest baby Naufal, di Waterdale Apartment, sementara aku pergi 'membawa diri' ke Northland, bersama-sama my beautiful princess, Niesreena. Sadis tak ayat... Mesti korang ingat aku merajuk dengan enche Neezam kan? kan? kan? Hahahhaha... Bukan 'bawak diri' sebab merajuk ke hapa. Atau lebih tepat lagi tak 'membawa diri' pun. Tetapi 'melarikan diri'. Melarikan diri daripada tugas-tugas harian di rumah. Boleh? Hahahhaha... eeeee... merepek... merepek... aku memang suka merepek...
Sebenarnya hari ni aku kuar dengan Niesreena ke Northland. Gi tengok wayang! Hahahaha... Sian enche Neezam dan baby Naufal ditinggalkan kat rumah. Tak leh lah join sebab hari ni 'ladies day out'! Om pompuan-pompuan jer... Asra, Isma, Kak Nazura dengan anak-'anak'nya, aku dan yang paling cute... Niesreena. :)
Kitorang gi tengok citer hindustan! Hindustan tu! First time aku tengok wayang citer hindustan tau... Dan bagi Niesreena... eh ermmm... nanti bolehlah Niesreena cakap kat kengkawan dia, "first time saya tengok wayang mama saya bawak tengok citer hindustan..." Hahahahhaa... nasiblah labuuuu...
Kitorang tengok citer "MY NAME IS KHAN" arahan Karan Johar. Dibintangi oleh dua pelakon bollywood kegemaran aku, Shah Rukh Khan dan Kajol. Yup! Sukaaaaa sangat kat Kajol sejak tengok dia berlakon 'Kuch kuch hota hai'.
"My name is Khan" ni kononnya macam 'comeback' buat pasangan SRK dengan Kajol. Dulukan diorang ni selalu berpasangan dalam banyak filem then stop. So, ni berpasangan semula. Mesti ramai orang nak tengok kan. Tu jugak antara sebab aku nak tengok citer ni. ;p
Filem ni boleh dikatakan 'bestlah jugak'... 'Bestlah jugak' dalam erti kata aku, bermaksud... lakonan diorang memang mantop *of course! all the time!*, lagu agak best, jalan cerita... part logik tu best... part tak logik tu tak best... Biasalah citer hindustan, memang tak sah kalau tak der yang tak logik kan... Tapi Kajol dalam citer tu memang cantiiiiikkkkkkk sangat! Serius! Cantik dari dulu. Muka dia kan ala-ala perempuan India terakhir. Hahahaha...
Lebih kurang... jalan citer ni mengisahkan tentang seorang pemuda muslim bernama Rizwan Khan (SRK), pengidap autism tetapi cerdik. Rizwan merantau meninggalkan India ke US untuk tinggal bersama-sama dengan adik dia, Zakir, selepas mak dia meninggal. Kat US, Rizwan berkenalan dengan seorang single mother beranak satu beragama hindu, Mandira (beautiful Kajol) dan melamar Mandira menjadi isteri dia. Walaupun ditentang oleh Zakir, sebab Mandira beragama hindu, Rizwan tetap berkahwin dengan Mandira. Haaaa... yang ni aku tak boleh terima tapi aku rasa mungkin ramai muslim kat India memang buat macam ni even in real life pun SRK memang berkahwin dengan perempuan hindu kan; muslim kahwin dengan hindu tapi yang hindu tu tak peluk agama Islam pun. Dalam filem ni dia tunjuklah walaupun dah berkahwin dengan berlainan agama, Rizwan tetap solat mengikut cara Islam dan Mandira tetap menyembah berhala tapi nama Mandira dan anaknya, Samir, ditambahkan Khan ikut Rizwan. Hidup diorang bahagialah...
Tapi segalanya berubah selepas serangan 9/11 kat WTC. Orang mula prejudis terhadap muslim dan chop muslim sebagai pengganas. Muslim kat US takut dikenali sebagai muslim sebab diorang selalu kena serang dengan orang-orang bukan muslim. Untuk keselamatan, diorang cuba buang identiti muslim; yang lelaki buang janggut dan misai dan yang perempuan pula tak pakai hijab. Aku rasa benda ni memang terjadi lepas 9/11 dulu kat US. Memang logiklah...
Kebahagian Rizwan dan Mandira pun tergugat apabila Samir meninggal kat sekolah disebabkan racial attack. Apa terjadi seterusnya? Silalah tengok sendiri filem ni... penat dah nak taip... ;p
Walaupun dalam filem ni ada mengungkit tentang isu keagamaan tapi dia tak lah menyentuh sensitiviti satu-satu agama tu. Dan yang bagusnya, dia tunjukkan yang agama Islam tak mengajar tentang keganasan. Ayat glamor yang selalu Rizwan sebut dalam filem ni ialah "My name is Khan and I'm not a terrorist". Tu jugak ayat pertama yang SRK sebut dalam filem ni *kalau tak salah aku...* Haaa... dalam filem ni jugak SRK ada baca surah al-fatihah dan berkali-kali bagi salam; Assalamualaikum. Ok lah kan... Kalau tak, dalam filem-filem dia sebelum ni dia asyik sembah berhala jer...
Niesreena; nasib baik ok jer. Memula tu aku rasa mesti Niesreena takut sebab kat wayang kan suara dia kuat giler. Tapi Niesreena ok jer. Masa mula-mula masuk dan duduk dalam panggung. Niesreena jerit, "Mama! Tengok tu!" sambil jari Niesreena yang halus tu tunjuk ke arah skrin yang besar tu. Macam terperanjat giler Niesreena masa tu tengok tv sebesar tu. Hahahaha... kelakar aku tengok.
Niesreena baik. Diam jer tengok citer hindustan yang dia tak paham tu. Sesekali jer mintak air dan beberapa kali gak tanya "mama, apasal?", "apasal?" dan "apasal?". Ayoooo... penat gak nak jawab, tapi kena jawab gak... tu maksudnya adalah bahagian-bahagian dia tengok dia tak paham tu. Hehehe...
Lepas 'intermision', lebih kurang sejam sebelum habis citer, Niesreena bisik kat aku, "mama, nak balik...". Aaarrrr tidak! Dah bosanlah tu. Then aku bisik balik kat telinga Niesreena, "kejaplah sayang... jap lagi habis". Pastu beberapa kali pulak Niesreena cakap kat aku, "mama, dah habis dah" padahal belum habis lagi. Tapi bila dah betul-betul habis, bukan main seronok lagi dia. Tak sabar nak keluar. Hmmm... manalah tak bosan... 3 jam tu!
Niesreena memang good girl. Senang nak handle masa tengok wayang. Next time mama boleh bawak lagi. :)
So, kengkawan... jika berminat, gi lah tengok sendiri filem ni kat panggung yer... Sesaper nak tengok kat Hoyts silalah dapatkan kupon diskaun kat website dia atau gunakan student card untuk beli tiket. Tadi aku kena aud$17. Mahal seeehhhh... Tapi nasib baik citer ni 'bestlah jugak'... So ok lah... Boleh kata berbaloilah... K! Selamat menonton! :)
4 comments :
napa tak minta diskaun tiket.. lain kali nak, minta lah abg neezam belikan.. pinjam guild kad sesape.. kanak2 and adult pun diskaun selain student. adult 10.50, student 9.50 kanak2 8.50
ha ah... patutnya gitu... tapi tadi ada 'kesilapan teknikal' sikit... tu yang mahal tu. Tu harga biasa tanpa apa-apa diskaun. Patutlah wayang diorang kosong...
Julie;Rizvan Khan....say from epiglotis...hehehe!
hahhahaha... yes... khan... not kan... ;p
Post a Comment