♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, January 17, 2010

Sepetang bersama the Khairuns

Sambung cerita pagi tadi... petangnya pulak kami ke park... Bawa Niesreena dan Naufal main-main kat wiiiii. Sementara enche Neezam pulak berjoging. Oh ya... wiiiii tu sebenarnya taman permainan. Niesreena gelar taman permainan tu wiiiiii. Mungkin sebab kalau turun gelongsor, Niesreena mesti jerit wiiiii. Hehehehe... Dulu masa memula tu tak paham gak. Niesreena asyik cakap, "nak main wii, nak main wii". Ingatkan nak main wii, permainan console tu. Aku pun bagilah... tapi Niesreena tak nak dan tetap cakap "nak main wii". Siap nangis-nangis lagi. Pastu Niesreena tunjuk-tunjuk taman permainan kat luar rumah. Oooooo... barulah aku tahu yang Niesreena maksudkan wiiiiii tu ialah taman permainan. Hmmmm... manalah mama tak pening, Niesreena pandai reka perkataan sendiri. ;p

So, tadi kitorang bawa Niesreena main kat park dekat dengan La Trobe. Yang menariknya park ni sebab ada taman permainan, padang dan kawasan untuk joging. Yang tak menariknya ialah warna taman permainan tu. Amatlah kusam. Kalau warna warni kan cantik. Nak tengok taman permainannyer. Ha... kat bawah ni...

~Tak berseri langsung ek?~

~Niesreena happy jer~

~Naufal pun sama... happy!~

~Niesreena nak turun, Naufal nak naik, camner?~

~Ayah pun tak melepaskan peluang~

~Naufal berjaya menawan gelongsor untuk dirinya seorang! Hehehe...~

Then kitorang lepak kat padang plak. Niesreena seronok kejar burung-burung yang banyak tengah lepak kat situ.

Sementara Naufal pulak seronok 'makan rumput' kat situ! Ayoooooo!!!

Sebelum balik, kitorang sempat singgah kat park kat Mcleod plak. Park kat situ lagi best. Ada lebih banyak permainan dan colorfull. Niesreena punyalah seronok *atau mungkin jugak tak puas main* sampai nangis-nangis masa ajak balik.

~Saper yang nampak over excited? Macam ayah Khairun's jer kan? ;p~

Haaaaa... baru perasan gambar aku tak der, sebab pada petang itew aktiviti aku mengambil gambar diorang jer. Hehehehe...

*juliet le sweetheart : happy tengok diorang happy!

3 comments :

Faliq said...

mama x join sekali ker?

Juliet Le Sweetheart said...

mamanya sibuk tangkap gambar jer... :)

Anonymous said...

Loike!!! One happy family... zaman sekarang ni dah jarang mak bapa dapat spend betul2 masa untuk anak2. semua harapkan orang gaji.

back to top