♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Tuesday, July 7, 2009

wii in da house!

Wii! Hie! Akhirnyer 'terbeli' jugak aku bendalah ni! ;p

Actually dah lama dah tersimpan hajat untuk beli bendalah ni, tapi tak jugak terbeli-beli. Sebab-sebab tak terbeli...

♥ Satunya; dah ada ps2. Kang macam tamaklah plak kan?

♥ Duanya; ada masa ke nak main? Busy dengan kerja rumah lagi, dengan anak lagi, mana nak check email lagi, nak update blog lagi *wink!*, nak main game kat facebook lagi *heheheheh... more wink!!!* ;p

♥ Tiganya; aku takut enche Neezam plak yang tak terstudy sebab mengadap bendalah ni. Kukuh tak alasan?

♥ Empatnya; aku aim bendalah lain on top of the list instead of this wii thing. Apa bendanyer? Rahsia! Kwang... kwang... kwang... Dah dapat nanti aku akan cerita kat sini. Benda 'rahsia' ni pun bukan untuk aku, tapi untuk Niesreena dan Naufal. Tapi rasa macam susah nak dapat sebab enche Neezam kurang setuju untuk aku beli bendalah 'rahsia' ni. So... cam ner ek?

So, cam ner boleh terbeli jugak bendalah wii ni? Hehehhe...

Actually semalam keluar iklan dicksmith kat tv. Offer wii tersangatlah murah. Berbaloi dengan pakej yang sedang ditawarkan. So cam gatal-gatal mulut cakap kat enche Neezam, "Jom esok gi dicksmith. Nak beli wii!" Enche Neezam yang tengah sibuk study tu buat tak layan jer. Tapi aku tahu dia dengar.

Tetiba tadi... lepas enche Neezam balik dari hantar orang ke city enche Neezam kata, "pas zohor kiter gi dicksmith Northland".

??????????? Maksud??????????

"Kata semalam nak beli wii"... Hehhehehhe... aku dah kata dah... dia memang dengar apa yang aku cakap... hehehhehe... so tanpa berlengah lagi, aku pun terus siapkan the little Khairuns. Pas zohor, gerak ke Northland.

Malangnyer... wii kat dicksmith SOLD OUT! Waaaaa... cedih! Tapi pastu kitorang singgah kat EB Games. Tengah sale! Murah gak wii kat sana. Bila dikira-kira, pakej dia pun berbaloi gak. So, lepas berfikir-fikir dan berbincang *ye... kami sempat berbincang!* akhirnya kitorang decide untuk beli... Yang paling best! Aku yang kononnya nak beli @k@ bayar tapi enche Neezam yang ulur ongkosnyer. Hehehehhe... Best! Best! Best!

Disebabkan enche Neezam dah beli consolenyer + wii sport, so aku pun belikan enche Neezam favourite game enche Neezam plak; wii super mario + wii playground. Suka enche Neezam!

Haaaa kengkawan! Jomlah beli wii sementara tengah murah ni. Memang best! Serius!



*juliet le sweetheart : macam real jer! Best!


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top