♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Sunday, July 19, 2009

Pasar ria sate amal

Lepas solat Zohor, kitorang ke St. Ambrose's Hall kat Brunswick. Ada pasar ria sate amal untuk mengumpul dana membina masjid kat Melbourne ni dan juga bersempena isra' mikraj. Pasar ria ni dianjurkan oleh Komuniti Melayu Singapura, Badan EHSAN, FAMSY, VMPGA, KUAM , PetroVic dan MASCA.

Ada banyak sangat gerai makanan yang dibuka hari ni. Macam pasar malam, cumanya dibuat disiang hari. Best sangat! Ada nasi beriani, rojak, laksa singapure, wantan, kuih-muih, kebab dan macam-macam lagilah. Karipap pusing frozen pun ada jual. Mahal! Dan karipap aku lagi cantik. Hehhehehe... Masuk bakul, angkat sendiri ek. ;p Tapi dalam banyak-banyak makanan yang ada tu, mestilah semua orang kejarkan sate! Nak dapatkan sate kena beratur punyalah panjang! Sian enche' Neezam. Beratur gak panjang-panjang dan sejuk-sejuk demi mendapatkan sate untuk isteri dan anak tercinta! Cewah!

Yum! Yum! Sedapnyer sate! Lama tak makan sate! Niesreena pun suka sangat makan sate. Sementara makan, famili kak Jumie tolong babysitting baby Naufal. Nyenyak betul baby Naufal tidur dipangkuan uncle Ashraf.

Hari ni sangatlah windy! Sejuk giler! Makan kat luar plak tu.

Selain gerai-gerai makanan, ada jugak aktivit-aktiviti lain seperti ceramah agama dan persembahan tradisional; tarian kuda kepang dan dikir barat. Ramai sangat orang tadi. Best! Dan sangat seronok!



*juliet le sweetheart : rindunyer nak gi pasar malam


4 comments :

Razana said...

Salam kenal Julie..

meriah kat sate ria amal tu...
rugi rasa tak sempat pergi ahad lepas..

Razana
Mordialloc

Juliet Le Sweetheart said...

Salam Razana, memang meriah... satay pun best! :)

Defina said...

wah julie, bkn men sodap lagi....yum yum

Juliet Le Sweetheart said...

sedap... memang sedap!

back to top