♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Monday, July 13, 2009

Hari minggu kitorang

Hari ni cuaca sangatlah cantik; cerah sangat! Berbanding semalam; cuaca mendung sangat dan angin pun kuat sangat. Menjadikan aku sangat malas dan ngantuk!

~Semalam, dari tingkap bilik aku; cuaca yang sangat mendung, semendung hatiku. Cewah! ;p~

So, hari ni kitorang ambil kesempatan untuk bawa Niesreena dan Naufal keluar berjalan-jalan. Sian kat diorang... mesti diorang bosan dok seminggu kat rumah tengok muka mama dan ayah jer kan. Sebenarnya mama Khairuns yang bosan giler dok kat rumah. ;p Kebetulan masa bersiap-siap nak keluar, kak Rami call, invite kitorang datang lunch rumah dia. So, masukkanlah dalam plan berjalan hari ni...

Memula kitorang ke Savers. Lama giler aku tak ke Savers ni. Last sekali datang sebelum bersalin hari tu. Tapi pusing-pusing jer lah... tak beli apa pun. Tak der aper pulak yang berkenan di hati. Biasanya kalau datang sekurang-kurangnya mesti grab satu toy untuk Niesreena. Tapi hari ni aku tak terbeli apa-apa pun, samada untuk aku, Niesreena mahupun Naufal. Tapi... enche Neezam biasalah... mesti dapat gak sekurang-kurangnya satu benda for himself.

Pastu kitorang ke Greensborough Plaza. Pusing-pusing cuci mata jap. Then solat zohor. Macam biasa, kitorang solat kat parent room. Parent room kat Greensborough plaza ni bersih dan privasi. Best! Kalau kat Northland pun parent roomnya best. Tapi kat Epping plaza parent roomnyer hampeh! Kecik dan kotor! Hmmmm... biasalah... kat negara bukan Islam ni, susah nak cari tempat solat. Kenalah pandai-pandai cari tempat solat sendiri. Kadang kat park, kadang kat parking lot, kadang kat fitting room. :) Kalau kat tempat terbuka, orang lalu lalang tengok jer, sampai terpusing-pusing kepala tengok kitorang solat. Yang dok gelak pun ada. Memula dulu segan gak. Tapi lama-lama dah biasa, lantaklah diorang nak tengok ke hapa kan. Hmmmm... pengalaman kan...

~Teka... saper itew?~

~Saper lagi kalau bukan baby Naufal. Nyenyaknyer tidur,~

Niesreena seronok main!

~Kat dalam parent room~

Lepas selesai solat zohor dan bagi susu kat baby Naufal, kitorang pun gerak ke rumah kak Rami. Ramai rupanya kat rumah dia. Ada beberapa orang x-students kak Rami yang datang melawat. Famili kak Nani pun ada.

Kak Rami masak nasi dengan masak lemak ikan kurau masin. Sedapnyer!!! Sebenarnya dah lama teringin nak makan ikan kurau masin masak lemak cili padi ni tapi tak jumpa ikan masinnyer. Ingatkan tak der jual kat sini. Rupanya ada jual kat Preston market. Baru aku tahu. Hehehehe... Bolehlah cari hujung minggu ni!

Niesreena punyalah seronok sebab ramai kakak-kakak yang dok melayan dia. Baby Naufal pun sama, siap borak-borak dan gelak-gelak lagi dengan autie-auntie.

Lepas makans-makans, lepaks-lepaks, gelaks-gelaks... kitorang pun baliks-baliks. ;p Cuaca dah mendung semula. Macam nak hujan. Sampai jer kat tempat parking rumah, hujan mula turun renyai-renyai...

Seronok keluar. Walaupun penat tapi hilang sikit rasa bosan duduk kat rumah. Kalau dok kat rumah, wat rutin yang sama jer setiap hari. Simulasi berulang kali. Ayooooo... bosan! Hmmmm... esok, hari Isnin datang lagi. Simulasi rutin harian bermula lagi!



*juliet le sweetheart : penat ber'wii'


1 comment :

Ummu Mishkah said...

salam,
nice weekend sis!
salam kenal.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top