♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, July 3, 2009

Bila dah 2 bulan

Haaaa... bila dah 2 bulan... tibalah masanya untuk suntikan imunisasi Naufal kali ke-2. Kali pertama hari tu masa baru lahir; suntikan 'hepatitis B'. Untuk dua bulan ni Naufal akan dapat suntikan 'hepititis B' lagi dan 'pneumococcal 1' plak dan satu ubat baru iaitu 'rotavirus 1'. Masa Niesreena dulu tak der ubat ni.

So, pagi tadi kitorang bawak Naufal ke Reservoir untuk dapatkan suntikan. Ramai jugak yang dapatkan suntikan hari ni. Ramai sangat bebudak.

Masa tunggu turn, kitorang asyik terdengar bebudak nangis sebab kena suntik. Sian... Satu persatu baby-baby dan budak-budak yang keluar dari bilik suntikan mesti berlinang dengan air mata. Bila turn baby Naufal semakin dekat, semakin berdebar plak aku rasa. Cam ner lah Naufal kena suntik ek? Tak sampai hati plak rasanya nak tengok.

Beberapa minit menunggu, akhirnya tiba turn kitorang. Dalam bilik tu ada sorang lagi budak yang nak kena suntik gak. Rasanya umur budak tu dalam 5-6 tahun kot, dia duduk kat meja depan kitorang. Menangis-nangis dan meronta-ronta tak nak kena suntik. Sian aku tengok. Seram pun ada... ;p

Sebelum baby Naufal kena suntik, nurse tu terangkan dulu suntikan apa yang dia akan beri kat Naufal, dia akan suntik kat mana dan apa kesan dia. Bagus betul penerangan dia. Nurse tu kata, lepas kena suntik maybe baby akan ngantuk jer dan demam dalam 2, 3 hari... Hmmmm... harap-harap Naufal tak demam lah...

Sebelum kena suntik, nurse tu bagi Naufal makan ubat 'rotavirus 1' tu dulu. Sedap kot rasa ubat tu. Naufal bukan main nyonyot lagi tempat ubat tu. Hehehe... Naufal kena suntik 2 kali. First kat peha sebelah kanan dan second kat peha sebelah kiri. Masa first time kena suntik tu, Naufal macam menjerit sekejap jer. Tak nangis pun. Nurse tu kata Naufal "strong boy!" Hehehhee... Second time... sakit sangat kot... Naufal menjerit dan menangis. Sian Naufal. Tapi Naufal menangis sekejap jer. Naufal berhenti menangis bila dengar bunyi loceng yang nurse tu bunyikan untuk tarik perhatian Naufal.

Sepanjang hari ni, baby Naufal asyik tidur jer. Mesti rasa ngantuk sebab kesan suntikan tu. Dan alhamdulillah, setakat ni Naufal tak demam... Harap-harap takkan demam lah yer...

Well, next imunisasi 2 bulan lagi!


*juliet le sweetheart : masih tidur lagi...


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top