♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Thursday, January 7, 2010

Fairy Park, The Land of Wonder

Bersempena dengan musim cuti sekolah ni *anak-anak aku masih tidak bersekolah... harap maklum... :)*, kitorang dengan sukahatinya menyertai 'rombongan cik kiah' ke Fairy Park, The Land of Wonder, kat Anakie. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Melbourne. Turut menyertai 'rombongan cik kiah' kali ni ialah famili cik Din dan famili kak Azni.

Janji berkumpul kat rumah cik Din tepat pukul 9 pagi. Dan macam biasa, kamilah orang terakhir yang sampai. Macamkan anak ramai sangat! ;p Tapi kali ni lambat yang paling cepatlah... lewat 5 minit jer. Hehehehe...

Khairunnaufal, biasa... tiap kali naik kereta macam kena ubat tidur. Mesti lelap punyer. Tapi senang hati mama, sebab gerenti baby Naufal tak buat hal dalam kereta. Ngeh ngeh ngeh...

~Lengkap dengan air liur basi dan dengkuran. Nampak sangat nyenyak...~

Alhamdulillah kitorang sampai kat destinasi lebih kurang pukul 10.15 pagi tanpa sesat dan tanpa 'no through road'. :) Walaupun jalan dia kadang kala agak membuatkan aku bingung sebab kekadang jumpa jalan kecik yang ia tak ia jer jalannya. Pulak tu gps cik Din siap hilang signal lagi. Dah macam pergi ke ceruk dunia mana jer dah. Hehehe...

~Map kawasan Fairy Park~

Kawasan Fairy Park ni memang cantik sebab bangunan-bangunan dia unik. Ala-ala fairy tales lah kan; ada castles, ada cotages, macam-macam lagilah! Ada orang kata tempat ni macam Disney Land. Tu orang katalah, bukan aku kata. Aku tak pernah sampai Disney Land tapi aku rasa Disney Land mesti jauh lebih hebat dari Fairy Park ni. Tapi kalau nak banding dengan entry fee yang hanya aud$16 untuk dewasa dan aud$8 untuk kanak-kanak, aku rasa berbaloilah jugak.

~Jom masuk castle~

~The comel lotest, Niesreena :)~

~The Queen & the King~

~@ Goldilocks & The 3 Bear's house~

~Niesreena posing ala lentok-lentok gitu~

~Neezam & the Giant Beanstalk~

~Naufal & Pinnochio~

~Neezam @ Pinnochio's~

~Niesreena @ dwarf's village~

~Tiga dara pinggitan. Hehehe...~

~Juliet le sweetheart's castle ;p~

~@ The Town Musician's~

~Niesreena the senyum simpulssss~

~Apekehel ler plak si Niesreena ni kan~

~"Oooo Rapunzel, I'm coming for you" said prince frog, Neezam~

~@ Alice in The Wonderland~

~@ Hazel and Gretel's witch house. So yummie!!!~

~King Neezam dan Queen Julie, with our beloved princess Niesreena and prince Naufal~

~King of Bundoora, King Neezam; and King of Thomastown, King Din~
Hehehhehe... mimpi jer lah ;p

~@ Sleeping Beauty's~

~The prisoners of the dungeon~

~Playtime!~

~View dari atas... sangat cantik... kat bawah tu kawasan winery

~Makan time!~

Rombongan cik kiah memang selamba. Dah penat jalan kan. Carik spot cantik skit... dekat dengan playground... bentang tikar... bukak makanan... makan dengan tangan... selamba...

Mat saleh dan minah saleh dok tengok jer apa yang kitorang makan. Berat tu... Dengan nasinya, dengan mee gorengnyer, dengan mihun gorengnyer, dengan kuih muihnya... lauk pauk lagi... Sakan! Omputeh-omputeh ni bawa sandwish dengan pisang jer. Hehehehe...

Overall, tempat ni memang bestlah untuk budak-budak. Mak bapak budak pun best gaks. Boleh datang sini dan cerita kat anak-anak tentang cerita-cerita dongeng mat saleh ni. Banyak gak patung-patung gerak-gerak yang comel-comel mengikut setiap cerita. Memang best dan menariklah. Tapi yang kurengnyer, pada aku lah, sebab setiap tempat yang diorang display tu diorang display dalam tempat berkaca. So, bila tangkap gambar tak nampak yang kat dalam tu tapi pantul balik gambar kiter. Lagipun... almaklumler... kamera murah. Lainlah kalau dslr ke kan. Mesti gambar nampak jelas... ye tak? :)

Actually, rombongan cik kiah ni tidak berakhir kat sini jer. Memandangkan masa ada banyak lagi, so kitorang sempat singgah ke Victoria State Rose Garden, dinner kat Oldtown Mamak kat QV *nasi ayam dia yummilicious!* dan menghabiskan malam kat St. Kilda; tengok penguin parade. Memang best dan enjoy! Niesreena punyalah seronok tengok penguin. Siap cakap, "mama, penguin tu pandang Reena". Iyolah tu... hehehehe... Oh ya, pastu Niesreena kata, "mama, penguin tu macam Reena punya kat rumah". Ye! Niesreena memang ada penguin kat rumah. Ada 2 lagik! Tapi bukan 2 ekor penguin, cuma 2 biji anak patung pengguin yer. Harap maklum! ;p

Seronok keluar dengan diorang. Sehari suntuk. Sampai rumah hampir pukul 12 malam. Punyerlah penat. Tapi memang best!!! Insya Allah kalau ada rezeki boleh buat next excursion... Hmmmmm... any idea nak kemana?


*juliet le sweetheart : Queen Julie nak beradu...


7 comments :

Aulya Arissa Arizal said...

suke sangattttt bace nih.. :p

Khairunneezam aka laki kau said...

ooooo...aku jadik prince frog eh..takpa2, tunggu entry aku plak tak lama lagi ;p

Azrah said...

bestnyer..bila nk dpt gi niii (sambil jeling2 kat azhari)

*juliet le sweetheart said...

Ara, pergilah... mesti Alissa suka. Lagipun budak under 3 masuk free

Azrah said...

camana nak gi..klu takda yg nak membawanyer..huhuhu..julie kat st kinda ada penguin ke?kat mana tu

*juliet le sweetheart said...

Ada... depan kawasan St Kilda bath tu ada satu jeti panjang. Kat hujung jeti tu ada pangguin parrade. Tapi tak tau lah samada hari2 atau hari2 tertentu jer...

Isma said...

Suka sangat2 setiap kali baca blog Julie!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lagi cerita lain...

Thank you for stopping by!

back to top