♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, May 30, 2014

Pasrah!

Semangat berkobar-kobar dah ni!

Kemain isi borang

&

ready for check-up.

Tetiba...

Waaaaa... sadis tol! Baru nak try. First experience!

Ambik kau, doktor tanda ☑ Not eligible.

"Sorry, you cannot donate" kata doktor.

Nampak gayanya memang tak boleh menderma sampai bebila.

Pasrah jer lah...

Tak perlah... Tak der rezeki.

Kat office aku ni memang tiap-tiap tahun organise untuk menderma darah. Buat kat office dengan kerjasama HUKM.

Ingat tahun ni nak lah join. Tapi doktor kata tak boleh plak sebab aku dok England dulu antara tahun 1981 hingga 1985.

Ya, antara salah satu sebab korang tak boleh menderma darah ialah

pernah menetap di UK antara tahun 1980 hingga 1996 melebihi 6 bulan. This is international rule!

Hmmm... aku dan famili dok sana dulu sebab abah sambung belajar.

Kenapa tak boleh derma darah kalau tinggal di UK dalam tahun 1980 hingga 1996?

Aku tanya soalan ni kat doktor tu tadi. Dan katanya,

Pada tahun tersebut, tersebarnya wabak penyakit lembu giler atau Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE). Wabak ni mula dikesan pada lembu di United Kingdom pada tahun 1985.

Kemudian, pada tahun 1996, Variant Creutzfeldt-Jakob Disease (vCJD) iaitu sejenis penyakit saraf atau neurodegeneratif dikesan pada manusia hanya selepas 10 tahun BSE dikesan di UK. Penyakit ini berpunca daripada manusia yang telah termakan daging yang tercemar dengan BSE.

So, kalau kita dah termakan daging lembu yang tercemar dengan jangkitan penyakit tersebut, ianya hanya boleh dikesan selepas 10 tahun atau berdekad dalam badan manusia! Sebab itulah larangan tersebut tidak ditarik balik sehingga sekarang.

Lama kan?

So, kalau aku tipu dan derma jugak. Tetiba aku ada penyakit tu, tak pasal-pasal aku sebarkan penyakit pada orang yang terima darah aku.

Tapi alhamdulillah... aku dan famili ok jer! Mintak-mintak dijauhkanlah dari segala penyakit! Amin!

Tak der rezeki nak derma darah kat orang. Korang jer lah yang derma darah yer... Hehehe...

By the way, darah aku A+!

Happy Friday and have a fabulous weekends everyone!

2 comments :

Asma said...

Ye ke, saya baru tahu info ni. Saya pun kat uk 1980-1982.

Juliet Le Sweetheart said...

Tu la... I pun baru tahu masa nak donate... Then check kat Mr google, memang terms ni dah lama rupanya... Sama-samalah kita tak menderma yer Asma (^-^)y

back to top