♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Saturday, May 17, 2014

Program bersama insan gelandangan

Bila enche Neezam kata kolej dia ada anjur program bersama orang gelandangan, aku terus nak ikut join!

Alhamdulillah... malam tadi, aku berkesempatan mengikuti

Program Mahasiswa Prihatin, Anjuran jawatankuasa Kolej Kediaman 1, USIM.

Niesreena dan Naufal pun ikut sekali.

Kitorang bertolak dari KK1, USIM lebih kurang pukul 9.20 malam dan tiba di Anjung Singgah ni lebih kurang pukul 10.15 malam. Bangunan Anjung Singgah YKN ni terletak di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Dayabumi.

Bersama-sama program malam ini lebih kurang 40 orang pelajar dan 100 bungkus makanan untuk diagihkan-agihkan pada golongan gelandangan.

Anjung Singgah YKN ni merupakan salah satu projek Yayasan Kebajikan Negara yang disokong penuh oleh kerajaan.

"Usaha membantu golongan gelandangan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Anjung Singgah YKN menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum dan sebagai pusat intervensi bagi mempersiap sediakan mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara." - dipetik dari website YKN.

Kitorang berkesempatan melihat asrama tempat diorang tidur. Asrama dibahagikan kepada asrama lelaki dan asrama perempuan dan boleh memuatkan lebih kurang 70 orang. Pada kebiasaannya, penghuni lelaki lebih ramai daripada penghuni perempuan. Ada juga pasangan suami isteri yang menetap kat sini, tapi tetap dipisahkan mengikut asrama.

Masa mula-mula melangkah masuk ke asrama perempuan, kelihatan beberapa penghuni sedang baring dan berehat di tempat tidur masing-masing. Mula-mula tu aku rasa sedikit bersalah dan takut menggangu diorang. Tapi aku beranikan diri untuk menegur diorang...

Rupa-rupanya kebanyakkan mereka sangat ramah. Aku cuba memulakan perbualan dengan "Makcik berasal dari mana?". Makcik Zainon, pakai baju kurung hijau kat gambar bawah ni, terus bercerita tentang asal usul dia hinggalah bagaimana dia boleh berada kat situ. Seolah-olah seronok bercerita tentang diri dia pada kitorang. Senyuman tak lekang di bibir seolah-olah tiada kesedihan walaupun cerita hidup diorang ni sangat sedih!

Penghuni kat sini masing-masing dengan cerita duka diorang tersendiri. Diorang tak segan silu menceritakan kisah duka diorang. Malah seolah-olah cuba melepaskan apa yang terbuku di hati masing-masing. Ada yang dibuang keluarga, ada yang hampir dirogol dan melarikan diri keluarga yang porak peranda.

Aku sangat sedih dengar cerita setiap satu dari diorang. Bagaimana diorang cuba untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan yang sangat daif dan sebatang kara.

Lebih kurang pukul 11.40 malam, kitorang diberi taklimat oleh salah seorang petugas di Anjung Singgah ni. Beliau menerangkan tatacara yang perlu kitorang patuhi supaya tak berlaku insiden yang tak diingini. Antaranya, jangan bising, sentiasa berada dalam kumpulan dan berhati-hati kalau nak ambil gambar - no flash! Mungkin ada antara diorang tak suka kalau gambar diorang diambil.

Petugas tersebut dan seorang lagi petugas lain mengetuai rombongan kitorang.

See! Niesreena pun bawa pek makan untuk diberikan kepada orang gelandangan. Berjalan bersama-sama kakak-kakak, jauh meninggalkan mama. (^-^) Bagus! Pandai berdikari!

Kitorang dibawa ke kawasan berhampiran dengan puduraya, belakang bangunan Mydin hinggalah ke Pasar Seni. Ramai orang-orang gelandangan yang masih berjaga dan duduk di tepi kaki lima. Aku tak berani nak tangkap gambar diorang. Takut diorang marah.

Ada yang dah tidur.

Enche Neezam bergelandangan seketika.

Lebih kurang pukul 12.10 tengah malam, kitorang tiba semula di Anjung Singgah.

Tengok Naufal, berpeluh-peluh! Penat berjalan dan berlari!

Semua orang nampak kepenatan tapi alhamdulillah, misi berjaya!

Terima kasih pada warga kerja KK1 USIM kerana memberi peluang untuk aku, Niesreena dan Naufal mengikuti program ni.

Malam ni, memang aku sengaja nak bawa Niesreena dan Naufal - biar diorang tahu, kat luar sana, ada ramai insan yang tidak bernasib baik. Aku sendiri berasa sangat sedih melihat insan-insan geladangan ni. Diorang bukannya tak der keluarga, bukannya tak sempurna, ada yang memiliki ijazah dan diploma dan ada yang pernah berpangkat besar suatu ketika dahulu, malah ada yang datang dari keluarga yang berpangkat tapi nasib menyebabkan diorang jadi macam ni.

Terasa bertuahnya diri aku ini, kerana dikelilingi oleh insan-insan yang aku sayang dan menyanyangi aku. Mempunyai harta benda, hidup serba serbi senang jika dibandingkan dengan diorang. Syukur ya Allah dengan apa yang kau berikan. Janganlah kau tarik nikmat dan kebahagiaan ini

Aku berasa sangat insaf...

Sesungguhnya apa yang kita ada pada hari ini adalah pinjaman dari Allah swt.

❤ ❤ ❤

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal." - Surah Al-Mu'min, ayat 39.

2 comments :

Unknown said...

Bestnya dpt peluang join aktiviti cmnie. Aktiviti yg bgus kn tuk ank2..kita sndri pon terasa insaf.. nk join gak la..blh?😉 hihi

Juliet Le Sweetheart said...

Insya Allah... kalau ada rezeki nanti... :)

back to top