Assalamualaikum!
Salam hari Jumaat, korang...
(^^)
Amboi... galak juliet le sweetheart update blog sejak akhir-akhir ni kan... Hehehee...
Bukan apa... mood update blog ni sebenarnya ikut angin... bila ada cerita dan ada mood nak update... haaa... macam ni lah hasilnya... hari-hari nak update!
Jangan tak percaya tau, back dated entries pun banyak yang tengah que... Cam no? Tak kire! Nak kongsi gak! :)
Hmmmm... nanti... bila dah tak der mood untuk update... habislah segala sarang labah-labah bergantung kat blog ni. Huhuhu...
So, sementara ada mood ni, moh ler kiter update yer...
Tahu... bukan ada orang nak baca sangat. Tapi untuk diri sendiri baca pada masa akan datang. :)
Ok! Last Monday ada entry teaser kan? Teaserlah sangat kan... propa betul!
Huhuhu...
So, hari ni nak reveal... Bukanlah nak teaser sangat ke hapa sebenarnya. Nak update hari Isnin hari tu tapi tak sempat! Tapi rasa excited nak kongsi dengan korang...
So... apa yang aku dah buat sebenarnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaa...
.
.
.
.
.
.
Ini lah... Plastic bags storage! DIY!
Amacam? Ok tak?
\(^^)/
Alhamdulillah... aku berpuas hati dengan benda ni. Nampak kemas dan organize sikit tempat simpan bag plastik. Loike!
Ok... Korang nak buat tak? Jom kiter buat sesama!
Actually, aku dapat idea ni sebab aku ada banyak kotak-kotak susu Naufal ni.
Niesreena dah buat banyak craft dengan kotak-kotak ni. Tapi masih ada lagi kat rumah. So, aku terfikir, mungkin kiter boleh buat sesuatu jugak dengan kotak ni. Sesuai kan untuk simpan plastik? Cuma perlu balut cantik-cantik jer...
Jom kiter buat sesama!
Mula-mula buka belakang kotak ni.
Dan balut permukaan atas dia.
Buat lubang dengan menggunakan pisau.
Kemudian tampal kertas lebihan tu ke dalam dengan kemas.
Sekarang, boleh balut sisi kotak. Kalau nak buat lubang pada bahagian sisi, buka dulu plastik kat tepi tu dan balut macam langkah kat atas.
Then, tampal balik plastik kat tempat asal dia.
Tampal atau tutup balik bawah kotak tu dan balut kemas.
Pada lubang tempat keluar plastik tu, balutkan sedikit dengan salotep supaya bila plastik keluar masuk, ia takkan merosakkan bahagian tepi kotak.
Pastu boleh tampal label.
Dan siap!
Bolehlah masukkan beg plastik.
Satu lagi aku balut untuk simpan beg plastik sampah. Version yang ini, tak der tingkap.
\(^^)/
So... macam mana? Tak der lah DIY sangat kan... setakat balut jer.
Tapi alhamdulillah... aku puas hati. Enche Neezam dan little Khairuns pun puji.
Tu yang penting!
Yippie!
Have a fabulous weekend everyone!
9 comments :
Kreatif.saya pun ada banyak kotak ni. boleh buat yg sama. tk bg ide
suka nya idea niiii...!!!! saya pon hadapi masalah penyimpanan plastik sampah ni.. dulu pakai bekas beli kat DAISO..tapi kecik sangat... rasa ni lagi praktikal..mekaseh share idea.. :)
kreatif....nampak kemas je..
Hi Aty Fared.. kat daiso & ikea ada jual bekas simpan plastik. tapi saya suka bekas yang tertutup. sumbat jer dalam tu, masih nampak kemas :)
Hi O'gosh Iskandar,
Thanks... :) bolehlah cuba buat nanti.
Yes! Nak cuba nanti, Tengkiu bagi idea! :)
Kreatif..kat rumah nie byk sgt plastik...pakai yg ikea punya sampai melimpah ruah...sakit plak mata tgk....
Welcome! Saya pun kurang minat ikea punya sebab 'see through'... saya suka tersorok dan kemas. :)
Post a Comment