Terbang jer lah laki aku ni...
Pagi-pagi buta tadi aku hantar enche Neezam ke KLIA. Selamba tinggalkan Niesreena dan Naufal tidur kat rumah. Nasib baik dari rumah ke KLIA 10 minit jer... So, tak lah risau sangat. Diorang pun tak sedar yang diorang ditinggalkan. Huhuhu...
Hari ni, enche Neezam akan terbang bersama-sama 6 orang pelajar terpilih dari Permata Insan ke...
Deajeon, Korea
Bestnya!!! Kalaulah boleh ikut... huhuhu...
Tak perlah. May be next time. Lagipun enche Neezam gi sebab kerja. Kalau nak gi jalan-jalan makan angin dan berpoya-poya boleh jugak ikut. Hehehe...
Tapi enche Neezam kata, kalau berkesempatan dia nak cari Ji Hyo Running Man. Hahaha... Iyooooooolah...
Enche Neezam ke sana sempena World Creativity Festival 2013 - only gifted and talented young students from all around the world are invited. Beruntungnya budak-budak yang bertuah terpilih untuk pergi tu. Harap-harap Niesreena dan Naufal akan dapat peluang macam ni jugak pada masa akan datang. Amin...
Semoga enche Neezam dan delegasinya selamat pergi dan selamat balik dan dipermudahkan segala urusan dan perjalanan di sana nanti.
So, beberapa hari ni aku kena jadi SUPERMAMA!!! Kena bangun lebih awal dan kena tidur lebih lewat. Huhuhu...
Niesreena dan Naufal please please please be nice okay... Jadi buat mama jadi incredible hulk!
Ok Julie! Semangat!
No comments :
Post a Comment