♥ Ya Allah, andai telah Kau titipkan dia milikku, satukanlah hatinya dan hatiku menjadi cinta nan satu...

Amin... ♥

Friday, October 11, 2013

agoda.com VS booking.com

Assalamualaikum

Salam hari Jumaat!

Alhamdulillah... Niesreena dah habis peperiksaan semalam . Lega sikit aku rasa... Kalau tak, tiap-tiap malam kena ulangkaji betul-betul dengan Niesreena - baca nota sama-sama, buat latihan sama-sama, tanda jawapan dan bagi markah. Serius penat tapi insya Allah berbaloi.

Aku tahu Niesreena dan dah cuba yang terbaik. So, berdoalah yang Niesreena akan dapat yang terbaik jugak.

Amin...

Naufal ada seminggu lagi minggu peperiksaan; sambung minggu exam lepas minggu cuti hari raya haji nanti. Niesreena start exam sekolah agama pulak minggu depan. Semangat! Pastu merdeka!

Lebih kurang sebulan lagi, sekolah akan bercuti dan aku dah start buat plan untuk bercuti. Macam post aku semalam, awal-awal lagi aku dah wat plan. So, cuti bulan December nanti kitorang akan habiskan 3 hari 2 malam kat Lost World of Tambun, Ipoh. Harap-harap semua orang dapat release tension dan dapat hormon gumbira! Ehem... ehem...

Disebabkan post semalam, agak ramai jugak kawan-kawan pm bertanyakan macam mana nak dapatkan harga best untuk hotel. Macam mana caranya yer? Mai nak cerita...

Biasanya kalau booking hotel, aku akan survey antara 2 website iaitu

booking.com atau agoda.com

VS

Kedua-dua website ni memang user friendly. Just search tempat dan tarikh then search. List hotel-hotel yang available pada tempat dan tarikh tersebut akan dipaparkan. ** klik pada gambar untuk lebih jelas **

Antara kedua-dua website ni, aku selalu gunakan agoda.com. Sebab... harga di agoda.com lebih murah berbanding booking.com. Contohnya macam kat bawah ni; tarikh dan tempat yang sama tapi harga berbeza.

~booking.com~

~agoda.com~

Yang bagusnya kat booking.com, harga yang dipaparkan ialah untuk bilangan hari yang kiter nak stay tapi kalau kat agoda.com dipaparkan harga untuk 1 malam sahaja. Kedua-duanya masih belum termasuk 16% tax.

Kalau bernasib baik, kat agoda.com selalunya ada Insider Deal - macam kat gambar atas tu. So, dapat diskaun lagi! Murah lagi!

Agoda.com jugak berani gerenti, kalau kiter dah booking hotel dengan agoda.com then tetiba kiter terjumpa hotel yang sama pada tarikh yang sama dengan harga yang lebih murah, kiter boleh contact agoda.com dan agoda.com akan berikan harga yang sama jugak! Baguskan?

Customer service agoda.com pun bagus. Aku pernah email sebab kesilapan teknikal pada username aku. Then hari yang sama customer service agoda.com call dan terus tukar!

Satu lagi kelebihan agoda.com berbanding booking.com ialah dengan setiap tempahan di agoda.com, kiter akan dapat reward points. Setiap US$1 kiter boleh kumpul 20 points.

Points yang dikumpulkan tu, bolehlah digunakan untuk tolak harga untuk booking yang akan datang. Nilai point jadi RM, bergantung pada hotel yang kiter pilih.

Kalau kiter tulis review hotel yang kiter duduk tu, kiter boleh dapat lagi 500 reward points!

Urusan transaksi kat agoda.com pun mudah dan cepat. Lepas transaksi online, kiter akan dapat confirmation dan booking kiter tu dah confirm! Diorang akan e-mailkan confirmation. Setakat aku gunakan agoda.com ni, tak der lah masalah aku gi hotel tetiba nama tak der dalam booking. Alhamdulillah...

Kalau kat booking.com payment tak dibuat terus walaupun dah masukkan detail kad kredit semasa buat tempahan online. So, bila dah check-in baru diorang mintak kad kredit dan buat pembayaran. Mungkin ramai yang prefer macam ni jugak. Tapi kalau korang cancel booking atau tak datang, diorang tetap akan charge kad kredit pada tarikh sepatutnya check-in. Booking.com tak beri apa-apa points atau reward.

Untuk tahu lebih banyak lagi perbezaan antara agoda.com dan booking.com ni, bolehlah check kat sini.

So, itulah ceritanya...

Aku dapat Lost World Hotel untuk 3 hari 2 malam dengan harga RM19.57 setelah tolak reward points. Walaupun kumpul agak lama tapi rasa berbaloi-baloi! So, lepas ni, jom kiter kumpul points kat agoda.com yer. Atau untuk permulaan, bolehlah register kat agoda.com dulu, so diorang akan emailkan Insider Deal tiap-tiap minggu.

So, selamat bercuti semua! Aiseeehhh... lama lagi kan... heheheh...

Tak kesah lah... huhu... Sebab aku dan enche Neezam nak gi bercuti - hujung minggu ni nak 'balik kampung' sambut raya haji! Rindunya Melbourne! Tak sabar... tak sabar... tak sabar...

\(^^)/

So, apa pilihan korang? Agoda atau booking.com?

No comments :

back to top